Dana White Dedahkan Khabib Patah Jari Dan Tulang Di Kakinya Sebelum Ini, Tapi Tak Nak Tarik Diri

Dana White mengesahkan bahawa Khabib Nurmagomedov sebenarnya mengalami kecederaan serius di kakinya.

Namun petarung dari Dagestan itu tidak mahu menarik diri daripada acara UFC 254 menentang Justin Gaethje.

Nurmagomedov meneruskan perjuangannya dengan dua jari kakinya patah ketika latihan.

Bercakap kepada media selepas tamat pertarungan UFC254, Dana White berkata:

“Hebatnya cabaran yang telah dilalui oleh beliau. Kita semua sangat bernasib baik dapat menyaksikan dia bertarung malam ini.”

“Sebenarnya sebelum ini dia berada di hospital, dengan jari kakinya patah pada tiga minggu lalu.”

“Ya dua jari kakinya patah dan satu tulang di kakinya juga patah di sebelah jari kakinya yang patah itu — itu yang dimaklumkan oleh kemnya kepada saya.”

“Mereka tak pernah maklumkan kepada sesiapa.”

Dana White menganggap Khabib Nurmagomedov sebagai salah seorang manusia yang paling lasak di dunia.

Khabib Nurmagomedov menewaskan Justin Gaethje dalam aksi UFC 254 dengan submission. Di mana beliau mengunci lawannya dengan triangle choke.

Khabib Nurmagomedov menangis di atas octagon meraikan kemenangan beliau.

Dan kemudian mengumumkan itu adalah pertarungan terakhirnya. Khabib Nurmagomedov mengumumkan persaraannya.

Menurutnya, dia sudah berjanji akan menjaga ibunya. Dan sudah berjanji kepada ibunya bahawa ini adalah pertarungan terakhirnya tanpa ayahnya menemaninya.

Khabib Nurmagomedov meninggalkan octagon dengan rekod tanpa kalah 29-0.

Ayah Khabib Nurmagomedov meninggal dunia beberapa bulan lalu. Pemergian ayahnya memberikan kesan sangat mendalam secara emosi dan psikologi.

Ini kerana ayahnya merupakan gurunya di dalam dan luar gelanggang. Ayahnya seringkali menegurnya dan memintanya bersabar apabila ada dugaan melanda.

Khabib Nurmagomedov pernah menyatakan beliau masih takut dipukul ayahnya apabila balik ke rumah setiap kali ada melakukan kesalahan, meskipun beliau sudah dewasa dan bergelar juara dunia.

Baca yang lain