Dana White Tembak Khabib Nurmagomedov: ‘Bila Masa Conor Pilih Lawan Lemah?’

Presiden UFC, Dana White telah membidas kenyataan Khabib Nurmagomedov yang sebelum ini menuduh Conor McGregor sebagai memilih pertarungan.

Di mana menurut Khabib, Conor McGregor sentiasa cuba mengelak lawan yang kuat.

Beliau hanya akan turun berhadapan dengan lawan seperti Donald Cerrone yang sudah menunjukkan penurunan dalam kariernya – bagi pertarungan menandakan kepulangannya ke UFC.

Dana White tidak bersetuju dengan kenyataan Khabib Nurmagomedov itu. Dana berkata: “Pertama sekali, Conor tidak pernah memilih siapa pun lawannya.”

“Cakap saja dekat dia, sesiapa sahaja lawannya, Conor akan lawan, jika dia boleh beraksi pada waktu itu.”

“Maksud saya, dia yang beberapa kali menolak cabaran Conor dalam dua atau tiga kali. Conor masuk ke gym dan berkata, ‘siapa lawan saya seterusnya?’.”

“Mereka berdua saling tak suka dengan satu sama lain. Jika kamu rasa kamu pergi temuramah Khabib dan berharap dia akan bercakap sesuatu yang baik baik tentang Conor McGregor, itu tak akan pernah sekali berlaku.”

“Sama juga jika kamu pergi temuramah Conor McGregor, dia pun tak akan cakap benda baik baik tentang Khabib. Sebab dua orang ni saling membenci.”

Khabib: Conor nak elak lawan kuat

Beberapa minggu lalu, Khabib Nurmagomedov menganggap musuh UFC beliau iaitu Conor McGregor telah cuba mengelak lawan yang berada di prestasi terbaik untuk memelihara statusnya sebagai pesaing utama kejuaraan.

McGregor menikmati kepulangan sensasi ke gelanggang Octagon pada bulan lepas apabila beliau menewaskan Donald ‘Cowboy’ Cerrone dalam masa 40 saat di UFC 246.

Perlawanan pertamanya sejak kalah kepada Khabib pada Oktober 2018.

Fighter Ireland itu kini sedang berbincang untuk melawan Justin Gaethje pada musim panas ini.

Tetapi perancangan jangka panjangnya adalah perlawanan semula dengan juara Khabib Nurmagomedov.

Kini hanya tinggal tujuh minggu sahaja daripada acara UFC yang paling dinanti-nantikan dalam sejarah – dimana Khabib dan Tony Ferguson akhirnya bertemu di Brooklyn, New York.

Ini untuk menentukan fighter lightweight terbaik dunia.

‘El Cucuy’ dianggap sebagai satu-satunya fighter dalam kategori Lightweight yang mampu menyekat serangan unik oleh the Dagestani grappler.

Sekiranya Khabib menang pada 18 April nanti, perlawanan ulangan beliau dengan McGregor akan menjadi perlawanan yang mungkin akan dapat direalisasikan.

Bagaimanapun, ‘The Eagle” mendakwa musuh lamanya itu mestilah menewaskan semua lawan peringkat tertinggi dahulu sebelum mendapat peluang untuk perlawanan merebut kejuaraan.

Dan Khabib telah memperlekehkan lawan McGregor sebagai lawan yang lemah dan tidak berada di prestasi terbaik.

“Cerrone sentiasa tewas dalam semua perlawanan utamanya,”

kata Khabib, dalam Daily Mail.

“Saya tidak ingat bila dia [Cerrone] menang. Dalam 10 perlawanan terakhir, saya fikir dia tewas enam atau tujuh kali.”

“Dia bukannya kelas lightweight atau welterweight sekarang. Dia bukan, sudah tentu, dia mempunyai nama besar tetapi waktu beliau sudah berakhir.”

“Conor perlu memilih lawan yang lebih baik.  Sekarang dia sudah kembali dan mengalahkan ‘Cowboy,’ yang kalah tujuh kali dalam 10 pertarungan terakhirnya, dan kemudian mereka bercakap mengenai bahawa beliau adalah petarung yang paling berjaya.”

“Tidak, dia perlu melawan lawan yang sangat sukar seperti Justin Gaethje atau lawan tang setaraf itu.  Dia terpaksa kembali ke lightweight.”

“Dia terpaksa memotong berat welterweight, dan ini hanya pendapat saya.

“Saya fikir dia takut dengan pertarungan yang sukar.”

https://youtu.be/E0uZAeLC4Pw

Sudah tentu,  situasi semasa seolah-olah menunjukkan bahawa pertemuan kedua, di antara Khabib dan McGregor tidak dapat dielakkan memandangkan beberapa kenyataan Dana White sebelum ini.

Khabib berkata:

“Saya rasa orang hanya mahu melihat kesinambungan apa yang berlaku dalam perlawanan terdahulu,”

“Mereka hanya mahu melihat drama. Jika anda bertanya kepada orang ramai, ‘Guys, siapa yang akan menang?’

“99 peratus akan mengatakan bahawa Khabib akan menang seperti yang dia lakukan dalam pertarungan terakhir.  Tetapi orang mahu melihat bagaimana ianya dilakukan kali ini.”

“Ini bukan perlawanan Lightweight, tetapi jika anda bercakap mengenai drama dan wang, sudah tentu ini bagus. Untuk legasi, saya perlu mengalahkan lawan yang sukar.

Begitulah keyakinan Khabib yang merasakan sekiranya ada perlawan