Hari ini Muangthong United mengumumkan melalui halaman rasmi, Terasil Dangda akan menjadi Shimizu S-Pulse secara rasmi.
Ia merupakan kali ke-3 Dangda keluar dari Muangthong United selepas dipinjamkan ke Almeria (2014/15) dan Sanfrecce Hiroshima (2018).
Pada musim lepas, Muangthong agak bergelut pada awal musim, menyaksikan kelab membuat 3 pertukaran ketua jurulatih.
Alexandre Gama akhirnya berjaya menyelamatkan Muanthong United mengakhiri musim di tangga ke-5 Thai League 1.
Kelab Thailand ghairah memasar keluar pemain ke J.League
Pada musim lepas, 4 pemain Thailand bermain di J.League 1. Chanatip Songkrasin bersama Consadole Sapporo, Teerathon Bunmanthan (Yokohama F. Marinos), Thitipan Puanchan (Oita Trinita) dan Nattawut Suksum (FC Tokyo)
Kejayaan paling manis bagi pemain Thailand sudah semestinya hadir melalui Bunmanthan yang membantu Yokohama F. Marinos menjuarai J.League 1.
Pemain ini lantas ditandatangan secara kekal oleh kelab tersebut selepas meraih gelaran tersebut.
Musim 2018, Dangda sudah beraksi bersama Sanfreece Hiroshima dan 1 lagi pemain Thailand, Chaowat Veerachat dengan pasukan Cerezo Osaka.
J.League tidak lagi asing dengan pemain Thailand, kelab Thailand mudah untuk melepaskan pemain mereka atas terma pinjaman kepada liga ini.
Di J-League 2 musim lepas juga terdapat 1 pemain Thailand, BG Pathum United meminjam Chakkit Laptrakul kepada Takushima Vortis.
Hampir setengah dozen pemain Thailand berkelana ke J.League sejak beberapa musim lepas, majoritinya atas terma pinjaman.
Dangda tidak asing dengan liga luar
Ketika Thaksin Sinawatra mengambil alih Manchester City, Dangda bersama Sure Sukha dan Kiatprawut Saiwaeo mejalani ujian percubaan disana.
Akibat dari masalah permit kerja, trio ini hanya dapat ditandatangani selepas 4 bulan. Masalah permit kerja itu berterusan dan mereka terpaksa dipinjamkan ke Grasshooper.
Nasib tidak menyebelahi Dangda, apabila kembali dari tempoh pinjaman, beliau masih lagi tidak boleh bermain di England.
Setahun selepas itu beliau dilepaskan oleh Manchester City. Dangda terus membina reputasi sementara itu Sukha dan Saiwaeo hilang dari radar pasukan utama di Thailand perlahan demi perlahan.
6 tahun kemudian Dangda kembali ke eropah dengan menyertai Almeria. Menjadi pemain Asia Tenggara pertama bermain di La Liga.
Pada usia 29 tahun pula penyerang Thailand ini terbang pula ke Jepun menyertai Sanfreece Hiroshima.
Dangda menjadi pemain utama pasukan, membantu Sanfreece Hiroshima menjadi naib juara J.League 1 pada musim 2018.
Kini buat kali ke-4 dalam kariernya, Dangda akan berangkat lagi ke luar, menyertai Shimizu S-Pulse. Dangda menjadi pemain paling aktif bergerak keluar berbanding pemain-pemain Thailand yang lain.
Dangda perintis dan perangsang
Pemain ini juga menjadi perintis dan perangsang kepada pemain generasi baharu, keluar mencari pengalaman di liga luar.
Sejak trio Thailand pergi ke Manchester City menjalani ujian percubaan, Dangda terus kembali ke eropah dan terbang 2 kali ke Jepun, Thailand menyaksikan ramai pemain mula keluar terutamanya ke Jepun.