Dani Alves Bertekad Mahu Bersara Akhir Musim Ini Dan Kejar Impian Sebenarnya Jadi Tukang Masak

Dani Alves dikenali sebagai pemain bola sepak dengan rekod antara pemain dengan piala terbanyak di dalam karier.

Bek legenda Barcelona itu kembali semula ke Barca secara percuma selepas bermasalah dengan kelab sebelum ini kerana isu tunggakan gaji.

Alves menjadi sebahagian penting dalam pasukan Xavi untuk membantu membimbing / mentoring para pemain muda Barca.

Walaupun dianggap salah seorang bek sisi paling elegan dalam sejarah bola sepak, namun sebenarnya Alves memberitahu Mundo Deportivo bahawa cinta no.1 beliau adalah dunia masakan bukannya bola sepak.

Oleh sebab itu, Alves sudah merancang untuk bersara selepas tamat musim ini dan mengejar semula impian kecilnya itu.  Impian tersebut ternyata tidak pernah padam. Cuma fokusnya mulai tertumpu lebih kepada bola sepak yang menjadi karier utamanya.

Impian masa kecilnya dahulu ternyata masih bersamanya. Kerana Dani Alves ketika kecil tak pernah mengimpikan dia akan menjadi pemain bola sepak profesional dan mewakili pasukan kebangsaan Brail yang gah.

Oleh sebab itu, nilai sentimental mahu menjadi tukang masak itu sentiasa ada dalam dirinya. Itu adalah impian pertamanya.

Alves merasakan masanya mungkin sudah tiba untuk dia benar benar serius dalam arena masakan.

Melihat keadaan semasa di Barcelona yang semakin membaik, Dani Alves sudah sedia untuk menggantung boot beliau demi senduk dan kuali di dapur pula.

Dia sudah memikirkan untuk memiliki restauran sendiri di Casa Buenos Aires di Barcelona. Dengan dia sendiri turut menjadi salah seorang tukang masak.

Alves mahu orang luar merasai sendiri air tangannya menerusi masakannya.

Bercakap kepada Sergi Castanyer, Dani Alves menyatakan bahawa dia akan menumpukan kepada makanan churrascaria dengan gabungan rasa Catalan yang diinspirasikan daripada La Cala oleh Albert Adria.

Alves sentiasa menganggap dirinya sebagai orang Catalan selain daripada Brazil. Dia sudah sangat sebati dengan budaya dan makanan masyaratak di Catalonia itu.

Kisah Dani Alves: Menang Olimpik, Sao Paulo Tak Bayar Gaji, Kemudian Kembali Ke Barca

Bintang Brazil yang memiliki sejarah pemain paling banyak piala dalam karier, Daniel Alves rasminya menamatkan kontraknya dengan Sao Paulo pada awal musim ini.

Daniel Alves baru sahaja menyertai Sao Paulo pada musim ini berdepan masalah sejak beberapa bulan lalu, kerana isu tunggakan gaji membelenggu pemain tersebut dengan kelabnya.

Sao Paulo menyatakan bahawa mereka terpaksa melepaskan Daniel Alves selepas pemain itu menyatakan tidak mahu bermain selagi lagi gajinya tidak dibayar penuh.

Tak dibayar gaji selepas menang olimpik

Daniel Alves sebelum ini menjadi kapten Brazil dalam kejayaan mereka memenangi pingat emas Sukan Olimpik 2020 di Tokyo.

Pengarah Bola Sepak Sao Paulo, Carlos Belmonte dalam sidang medianya ketika menjelaskan bahawa, Daniel Alves tidak mahu kembali ke pusat latihan selepas tamat minggu antarabangsa pada September.

Belmonte berkata: “Kami dimaklumkan oleh wakil beliau bahawa Daniel Alves tak akan kembali ke Sao Paulo lagi sehingga isu hutang dengan pemain tersebut tidak diselesaikan.”

“Sao Paulo baru sedar akan hutang itu minggu lalu dan kami membuat satu kertas cadangan untuk memperbaiki keadaan. Malangnya, kertas cadangan itu ditolak oleh ejen pemain. Namun rundingan akan diteruskan.”

“Kami sudah mengambil keputusan, memberitahu coach Hernan Crespo bahawa Dani Alves tidak lagi bermain untuk Sao Paulo.”

“Kami semua bekerja untuk institusi ini, dan tidak ada mana mana individidu lebih besar dari kelab bola sepak Sao Paulo.”

Pihak Daniel Alves mendakwa Sao Paulo berhutang R$10 million (£1.37m/$1.9m/RM7.92j) – berkaitan dengan hak imej ketika pemain itu tiba di kelab tersebut.

Daniel Alves sebelum ini menyatakan kekecewaannya kerana kelab gagal menunaikan janji mereka. Dan menjelaskan bahawa gaji beliau sebelum ini turut dibayar lewat daripada tarikh yang dipersetujui.

Daniel Alves masih berharap agar beliau dapat bermain untuk Brazil dalam Piala Dunia Qatar 2022. Beliau sudah terlepas beberapa panggilan daripada Tite.

Jika beliau masih terus berharap akan dapat beraksi di Piala Dunia Qatar, Daniel Alves harus segera mencari kelab barunya.

Daniel Alves rasminya bergelar ejen bebas.  Alves adalah pemain legenda Barca yang turut pernah beraksi dengan Juventus dan PSG.

Dan selepas itu beliau rasminya menyertai Barcelona sebagai ejen bebas. Lebih menarik Dani Alves akan bermain di bawah pengurus baharu Xavi Hernandez yang menjadi bekas rakan sepasukannya ketika era emas Barca sebelum ini.

Itulah kisah suka duka dan suka kembali Dani Alves pada musim ini.

Baca yang lain