Bek legenda Brazil dan Barcelona, Dani Alves didapati bersalah oleh mahkamah kerana melakukan serangan seksual dan mencabul.
Mahkamah menjatuhi hukuman penjara 4 setengah tahun kepada Dani Alves.
Alves didapati bersalah melakukan kesalaha serangan seskual itu pada 30 Disember 2022. Dia menafikan pertuduhan ke atasnya pada perbicaraan awal bulan ini.
Prosiding kes dibuat di mahkamah Barcelona selama 3 hari. Dengan semua mangsa, saksi dan pakar hadir memberikan keterangan dan pengakuan.
Selain daripada hukuman penjara 4 tahun setengah, Dani Alves diminta membayar mangsanya €150,000. Dan dia dibenarkan membuat rayuan di mahkamah rayuan.
Alves dituduh pertama kali pada 5 Januari 2023. Dan 15 hari selepas itu dia terus ditahan sebagai langkah sebelum menghadapi perbicaraan sebenar.
Ketika ditahan Dani Alves bercuti di Sepanyol. Mahkamah memberikan amaran kepada Dani Alves agar tidak meninggalkan negara itu.
BREAKING: Former Barcelona and Brazilian footballer Dani Alves has been sentenced to four and a half years in prison after being found guilty of sexual assault. pic.twitter.com/nKymmFgXlQ
— Sky Sports News (@SkySportsNews) February 22, 2024
Mahkamah memutuskan untuk menolak memberikan jaminan kepada Alves kerana risau pemain berusia 40 tahun itu lari meninggalkan negara tersebut.
Kontraknya bersama dengan kelab Mexico, Pumas turut ditamatkan serta merta oleh kelab itu.
Dani Alves didakwa mencabul dan mer*gol wanita di dalam tandas kelab malam. Di mana dia menafikan pertuduhan itu sambil menyatakan bahawa ia berlaku secara rela antara kedua dua pihak.
Alves mengakui dia ada meraba wanita itu di bahagian sulitnya, namun menegaskan wanita itu juga menggodanya dan memegang bebird dia.
Tidak lama selepas itu, isterinya, Joana Sanz telah menuntut cerai daripada Dani Alves kerana malu dengan perbuatan lakinya.
Dani Alves dikatakan telah melancarkan mogok lapar sebagai tanda kecewa dengan isterinya yang mahu bercerai dengannya.
Pada November 2023, mahkamah bersidang, dengan pendakwaraya meminta agar dia dipenjara 9 tahun kerana mengambil kira imej dia sebagai pemain bola sepak terkenal dan menjadi role model anak anak muda selama ini.
Alves hadir ke mahkamah pada 5 Februari 2024, dengan mangsa menyatakan dia cuma rela pergi ke tandas dengan Dani Alves, namun dia dipaksa oleh Alves melakukan hubungan kelamin.
Mangsa menegaskan Alves tiba tiba agresif dan mengurung dia di dalam tandas bersamanya.
Wanita itu memberikan kenyataan bahawa Alves mulai mencarutinya dan menamparnya ketika dia menolak hubungan fizikal antara mereka.
Isteri Dani Alves turut dipanggil memberikan kenyataan. Dan dia menegaskan pada malam kejadian, memang Dani Alves balik lewat ke rumah dengan berbau alkohol.
Dani Alves sebelum ini kekal mengaku tak bersalah. Dia menegaskan dia cuma bertemu dengan mangsa di dalam tandas dan tidak ada apa apa yang berlaku. Tetapi selepas itu dia menukar versi pengakuannya dengan menyatakan dia dan mangsa sama sama pergi ke tandas dan melakukan persetubuhan dengan kerelaan kedua dua pihak.
Kini Dani Alves dalam persiapan membuat rayuan untuk kes tersebut. Dan dia yakin dia tidak bersalah.
Dani Alves juga diminta untuk menanggung kesemua yuran guaman sepanjang kes ini berlangsung. Dan jika dia gagal dalam rayuannya kelak, dia bukan sahaja dipenjara 4.5 tahun dan denda, tetapi akan berada dalam pemantauan polis selama 5 tahun.
🚨 Dani Alves has been sentenced to 4 years and 6 months in prison for sexual assault.
It also includes 5 years of supervised release and incommunication with the victim for 9 years and 6 months.
He will also pay legal costs.
🇧🇷 “We will appeal”, Dani Alves’ lawyer said. pic.twitter.com/Vq0QuIyTb4
— Fabrizio Romano (@FabrizioRomano) February 22, 2024