Dani Alves Isi Masa Lapang Dengan ‘Set’ Perlawanan Futsal Dan Sesi Autograf Bersama Banduan

Dani Alves baru baru ini ditahan dengan tanpa sebarang hak ikat jamin.

egenda Brazil dan Barcelona, Dani Alves telah dicekup di Barcelona kerana kesalahan mencabul kehormatan wanita di bandar itu sendiri.

Dani Alves sebelum ini menjadi pemain paling tua bermain untuk pasukan Brazil di dalam Piala Dunia. Rekod itu dicipta ketika dia turun menjadi ketua pasukan Brazil dalam aksi menentang Cameroon.

Dia juga merupakan pemain yang dianggap antara paling berjaya dalam sejarah dengan 43 trofi major.

Namun kini dia berdepan dengan pertuduhan serius ke atasnya.

Menurut laporan TV3 Sepanyol dan Cesena Ser, Dani Alves ditahan pada Jumaat lalu selepas polis menerima laporan daripada wanita tersebut.

Dia melakukan kesalahan itu pada tahun lalu di sebuah kelab malam.

Dani Alves setakat ini menafikan kesemua pertuduhan ke atasnya. Mahkamah sudah mengarahkan perintah untuk menahan Alves walaupun tidak berterus terang menyebut nama pemain itu dalam kenyataan umum kepada media.

Mahkamah di Barcelona dalam kenyataannya berkata: “Seorang lelaki ditahan atas jenayah serangan seksual yang membuatkan aduan dibuat oleh seorang wanita. Kejadian berlaku di sebuah kelab malam pada sebuah acara di Barcelona.”

Wanita tersebut mendakwa Dani Alves dengan gatalnya telah menyentuh bahagian sulitnya tanpa kebenaran pada Disember 2022.

Kes masih dalam siasatan kerana pihak polis masih mencari bukti lebih kukuh menyokong dakwaan tersebut.

Wakil kepada Dani Alves mengeluarkan kenyataan menafikan bahawa Alves mencabuli kehormatan wanita lain.

Alves memberitahu saluran Antena 3 pada minggu lalu bahawa dia berada di dalam kelab malam yang penuh dengan pengunjung. Dia sendiri tidak kenal dengan wanita yang membuat aduan itu.

“Saya berada di kelab malam yang penuh dengan pengunjung tanpa menceroboh ruang privasi mana mana pihak.”

“Saya sendiri tidak kenal dengan perempuan itu.. dan bagaimana saya boleh tergamak melakukan perkara seeprti itu atas seorang wanita yang saya sentiasa hormati mereka,” kata Alves.

Namun semua itu tidak dapat menyelamatkan Alves daripada ditahan dan dipenjarakan.

Dia ditahan pada minggu lalu, dengan mahkamah melarang sebarang ikat jamin untuk pemain tersebut.

Alves bagaimanapun dibenarkan berkomunikasi dengan dunia luar ketika ditahan di penjara.

Di penjara, dia telah mengadakan aksi futsal persahabatan melibatkan banduan di penjara Sant Esteve Sesrovires, termasuk dirinya.

Marca melaporkan acara futsal itu berlangsung pada Khamis dan mendapat sambutan hangat daripada banduan banduan di penara tersebut.

Mereka ternyata teruja mahu beraksi atau berkongsi padang dengan Dani Alves.

Bukan itu sahaja, Dani Alves turut sibuk menandatangani autograf untuk banduan banduan lain.

Baca yang lain