Dani Alves telah melabel Real Madrid sebagai bernasib baik kerana Barcelona musim ini bangkit agak lewat. Dani Alves menyebut perkara itu selepas kemenangan 1-0 ke atas ke atas Real Sociedad pada hari Jumaat.
Barca hanya tewas dua perlawanan LaLiga sejak Xavi mengambil alih tugas daripada Ronald Koeman, tetapi mereka bermain dengan baik dan mengejar sesuatu yang hampir mustahil.
Di mana, mereka hanya memenangi empat daripada 12 perlawanan pertama, sekali gus membolehkan Madrid mendahului mereka sangat jauh.
Pada ketika ini Real Madrid mendahului 15 mata di atas Barcelona yang berada di tempat kedua, yang mempunyai satu perlawanan dalam tangan, tetapi walaupun dengan baki enam perlawanan, adalah mustahil untuk gergasi Catalan itu untuk memintas musuh ketat mereka.
Barca telah memenangi lapan daripada 10 perlawanan domestik terakhir mereka, termasuk membelasah Real Madrid 4-0 di Santiago Bernabeu, dan pemain berusia 38 tahun itu percaya Real Madrid bernasib baik Barcelona yang ada sekarang tidak beraksi bersama lebih awal.
“Nasib baik untuk mereka [Real Madrid] kami tidak tiba awal,” kata Alves kepada Movistar+ selepas perlawanan.
“Kami sentiasa merancang untuk bersaing secara berbeza tetapi akhirnya, kehidupan adalah seperti itu. Kami tiba lewat dan perlu berusaha keras untuk mengurangkan jurang pendahuluan mereka.”
“Kami sudah tahu ia amat sukar kerana keadaan saingan dan situasi itu, tetapi saya tetap bertegas bahawa ianya adalah agak bernasib baik untuk mereka kerana kami tidak tiba lebih awal.”
Dani Alves: "They [Real Madrid] have been lucky that we arrived late. It couldn’t be and now we have to think about the next objective. We would have liked to compete with them in a different way. We arrived late and made a tremendous effort to cut the lead.'' pic.twitter.com/YJAsN8rWwl
— Football24/7 (@foet247europa) April 22, 2022
Anoeta merupakan venue yang pernah dianggap gelanggang badi untuk Barcelona, tetapi mereka kini tidak tewas di gelangga tersebut dalam perlawanan LaLiga sejak pengubahsuaian stadium selesai pada 2019.
Gol pada minit ke-11 Pierre-Emerick Aubameyang telah menjadi perbezaan kepada kedua dua pasukan. Alves mengakui ianya 3 mata yang sangat sukar.
“Kami tahu ia akan menjadi sukar, kerana ia sentiasa sangat sukar di sini,” katanya