Dani Olmo tidak boleh mewakili Sepanyol dalam mana mana pertandingan atau aksi kompetitif.
Ini kerana peraturan RFEF menyebut bahawa hanya pemain yang bermain dengan kelab profesional sahaja dibenarkan untuk mewakili skuad kebangsaan.
Status terkini Dani Olmo adalah ejen bebas, atau tanpa sebarang kelab. Pemain itu masih berada di Barcelona dan menjalani latihan seperti biasa.
Malah Barcelona masih yakin akan dapat mendaftarkan Dani Olmo dan Pau pada separuh kedua musim ini. Ini kerana menurut Laporta mereka sudah memeterai perjanjian penjualan aset €100 juta.
Dan mereka menunggu wang masuk ke akaun untuk mereka kemukakan bukti transaksi kepada La Liga.
Dani Olmo pula dikatakan kekal dengan pendiriannya mahu terus bersama Barcelona dan tidak mahu berunding dengan mana mana kelab lain.
Ejen Dani Olmo sudah mengesahkan bahawa mereka sangat menghormati Barcelona dan presiden Laporta yang berusaha sedaya upaya mahu membawa masuk pemain itu ke kelab itu sebelum ini.
“Kami hormati presiden Laporta dan Deco. Mereka melakukan kerja keras untuk membawa Dani ke sini musim panas lalu.
“Kami sukakan projek mereka, ianya satu projek besar untuk masa hadapan, salah satu projek terbaik di dunia dalam masa beberapa tahun akan datang.
“Dan kami percaya sepenuhnya bahawa Barcelona akan memenangi semua piala di masa akan datang sama seperti yang mereka kecapi pada era Messi.
“Pemain, keluarga, saya sendiri, kami semua mahu Dani kekal di Barca.”
🚨 EXCL — Dani Olmo’s agent Andy Bara: “We respect the president Laporta and Deco. They did big effort to bring in Dani last summer”.
“We like their project, it’s a big one for the future, one of the best in the world in the next years”.
“We fully believe Barça will win all the… pic.twitter.com/3OZ8ebvO3C
— Fabrizio Romano (@FabrizioRomano) January 3, 2025
Jika Olmo tidak menyertai kelab lain dan terus gagal didaftarkan dalam skuad Barcelona. Dia akan terlepas peluang untuk bermain dalam skuad Sepanyol yang beraksi dalam kelayakan Piala Dunia 2026.
Dan itu akan meletakkan dia bersiko terlepas tempat dalam skuad Piala Dunia 2026 jika ada pemain lain yang cemerlang mengisi tempatnya.
Dani Olmo merupakan pemain penting La Roja pada era De La Fuente. Dia menjadi nadi penting Sepanyol ketika menjuarai Euro 2024 yang lalu.