Daniel James Yang Tak Perlukan Tag New Ronaldo Untuk Memikat Hati Old Trafford

Lepas beberapa hari akhirnya reda dah cerita Liverpool dan Man City. Beberapa hari sahaja.

Okaylah. Boleh dah aku jawab soalan dalam inbox aku pasal Daniel James. Begitu juga pasal kempen #OleOut yang dah sayup-sayup.

Selepas beberapa perlawanan lalu, terutama ketika Anthony Martial cedera, Solskjaer cenderung untuk bergantung kepada James untuk buat link-up kepada serangan United.

James adalah fokal

Tak kisahlah, United guna formasi 3-5-2 atau 4-2-3-1. James adalah fokal kepada serangan United terutama ketika melakukan counter attack.

Siapa sangka, dalam selama ini Man United sibuk mencari New Ronado, tetapi budak yang diputerakan di Wales ini sebenarnya telah melangkaui jangkaan ramai pihak.

Masuk ke United terus menjadi pemain penting. Bukan sebab kabel ke apa, tetapi atas dasar merit.

Beliau juga menjadi pemain penting negaranya pada usianya yang muda. Agak sedih mengenangkan mendiang ayahnya tak sempat melihat apa yang James capai hari ini. Ini kerana ayahnya pergi meninggalkan James selama-lamanya sebelum beliau merumput di Old Trafford.

Dari segi jaringan, budak ini mungkin belum setajam Mo Salah atau Sadio Mane – 2 bintang penyerang sayap Liverpool paling menyerlah di EPL sejak beberapa musim yang lalu.

Tapi takpelah. Usia di pihak James. Harga pun setakat £15juta. Masa depan budak ni baik kalau dibangunkan dengan betul.

Dulu bila budak ni datang ke OT, ramai juga yang perlekehkan. Ala, player takde orang nak. Bolehlah MU dapat.

Tak payah kata fans lawan. Di kalangan fans sendiri pun ramai skeptikal pada waktu itu.

Tak hairan pun. Sebabnya sejak zaman SAF, berderet pemain yang dibeli oleh United dianggap gagal. Memphis Depay diantaranya. Aku paling sayang bakat dia ni.

Pemain lain seperti Angel Di Maria atau Alexis Sanchez aku malas nak cerita. Sebab dua pemain ini proven di luar, tapi hancur di United.

Musim ini James biasanya digunakan di dua posisi. Tak main sayap kiri, dia akan main kanan. Benda ni bagus. Versatiliti ada. Pace adalah kekuatan utama pemain ini.

Kualiti hantaran

Selain daripada kelajuan, benda paling menarik perhatian aku mengenai James ini ialah ketepatan hantaran. Sebab tu dia boleh link-up baik dengan Marcus Rashford atau Anthony Martial.

Lawan Brighton tempoh hari, James create 93% ketepatan pada passing rate, 2 key passes, dan 1 big chances – untuk Rashford.

Main sayap kiri, James lebih cenderung jaringkan gol sebab dia inverted winger.

3 gol dijaringkan setakat ini juga bukti budak ini tak segan nak shoot dan score. Ingat. Budak ni harga dia £15 juta sahaja.

Perlu lebih ‘tough’

Akan ada beberapa isu yang akan timbul mengenai James yang perlu Solskjaer dan staff kejurulatihan di OT harus bantu.

Ye la benda mid range ni tak semua spec kau dapat. Tapi kau boleh upgrade jadi power, kalau kena pada caranya.

Antaranya ialah kekuatan fizikal. Sekarang ni kecik sangat untuk PL players. Untuk long term, masa akan menentukan sama ada James ni akan jadi top players atau tidak.

Setakat ini dia takat level good buy untuk United.

Pembelian James ini juga pada aku buktikan Solksjaer tau apa dia buat. Jadi bila Axello Riise kata aku tengah perkemas kempen #OleOut, dia silap kali ini. Walaupun at first aku lebih suka Pochettino di OT.

Kualiti jauh daripada tag harga

Banyak benda Solskjaer buat betul untuk musim ini. Pertama, bawa masuk Harry Maguire. Mahal harga dia. £80 juta untuk seorang pemain pertahanan, memang gila.

Tapi bila cakap pasal modern football, anda naif jika kata clubs tak perlu spend big. Apatah lagi kelab seperti United yang memang ada kemampuan untuk berbelanja.

Isunya selama ini ialah untuk berbelanja kepada pemain yang betul sebagai pelaburan. Bukan for the sake of spending.

Takde kelab di EPL ada kekuatan financial macam United disebabkan pelbagai sebab termasuk FFP. Jadi bila kau ada peluang untuk berbelanja untuk pemain yang betul, than why not.

Itu yang Solksjaer buat. Dia tau bahagian pertahanan perlukan enforcement, maka dia bawa masuk Maguire dan Aaron Wan-Bissaka.

Automatik United improve banyak di bahagian pertahanan. Buktinya Michael Cox kata defend United antara termantap pada musim ini.

Belum lagi ada kalah dengan bolos lebih dari satu gol setakat ini. Itu dianggap sebagai satu improvement Untuk pasukan yang sedang rebuilding balik.

Titik penting peningkatan United

Bila ada fans rival bahan atau pin point Maguire kerana kesilapan pertahanan, itu perkara biasa. Sebab dia pemain paling mahal.

Sama macam korang bahan pemenang FIFA BEST TERTANGGUH, Virgil Van Dijk waktu dia tenung je Messi tolak bola masuk gol, atau kena Ole dengan pemain Jepun itu hari.

Troll atau banter tak pernah guna facts. Biar kekal begitu. Jangan gaduh macam Sterling dan Joe Gomez. Dari Liverpool-City mereka datang, ke England mereka bergaduh.

Mana pernah kau nampak Beckham cekik Gerrard. Gila.

Perkara kedua yang Solskjaer buat betul ialah gandingan Fred dan Scott McTominay di bahagian tengah.

McTominay ni pada aku satu-satunya sumbangan besar Jose Mourinho untuk United. Dia yang mula dedahkan pemain ini kepada skuad utama.

Yet, hala tuju McTominay zaman Mou dulu tak jelas. Kejap No.6, kejap No.8. Bek kanan pun main, CB pun dia jugak.

Situ kau boleh nampak Mou sekadar guna McTominay untuk tutup kelompongan. Dia nak tunjuk kepada board United perlukan duit untuk midfielder baru.

Dah memang cara Mou. Beli, beli, beli. Dia tak minat pun untuk build team. Janji bawa trofi sudah.

Hari ini kita boleh lihat bagaimana Solskjaer bentuk McTominay as No.8. Fred ni pula aku terpinga-pinga bila Mou beli dulu.

Dia ni tipikal CM. Dia duduk tengah. Nak kata No.6 bukan. Nak kata No.8 bukan. Pure CM. Mou guna dia as No.6. Tak jadi.

Solskjaer berikan balik posisi CM kepada Fred. Akhirnya United jumpa stabiliti di bahagian tengah walaupun tanpa Paul Pogba.

Now kita boleh cakap Solksjaer building a team di Manchester United. Padan muka Pogba. Biar dia rasa tergugat.

Next, perkara ketiga yang aku suka pasal Solksjaer ialah pemain muda yang dia berikan peluang. Terbaru, bek sayap Brendon Williams.

Cara dia ni main ingatkan aku kepada Patrice Evra. Defend, kemudian bantu attacking. Ini satu lagi pemain yang dapat breakthrough musim ini di bawah Solksjaer.

Still, at the end of the day masa akan tentukan dia akan jadi top players àtau tidak di MU satu hari nanti.

United memang perlukan masa

Well, aku tidak kata team Man Utd sekarang ni dah perfect bersedia untuk bersaing dengan Liverpool.

Gila apa nak lawan Liverpool. City dan Guardiola pun tumbang. Ironinya Klopp tak komen negatif pasal VAR minggu ni kan.😉

So aku anggap Axello tengah pakat dengan Klopp sedang perkemas cara nak gulingkan VAR minggu-minggu lain.😁😁. Tunggulah Disember atau Januari.

Tu banter je. Tak payah serius sangat. Ingat korang je pandai banter?

Balik kepada cerita MU. So kita boleh simpulkan first full season Man Utd di bawah Solksjaer ni kira sangat baik setakat ini.

Of course akan ada ups and downs sepanjang musim ini. Tapi paling penting progress.

Perkara paling berbeza antara Solksjaer dan Mourinho ialah, Solskjaer sedang Cuba membina sebuah pasukan Manchester United. Mourinho pula tau nak trofi je. Dia kan football heritage. Lupa ke?

So No.7 ke kita? Sabar. Aku yakin semua proses tu tak sampai pun 30 tahun.

Lama tak tulis pasal Man Utd dan EPL. Sekali tulis terus panjang.

Nota Editor: Artikel ini dikelepet tanpa kebenaran daripada wall Gary Hardin Lungard, personaliti Astro Arena dan juga penulis SemuanyaBOLA.

Follow:

FB Gary

Twitter Gary