Daniel Podence Dapat Straight Red Card Setelah Menumbuk Pemain Yang Rasis Ke Atas Hwang Hee Chan

Aksi pra musim Wolves bermula dengan penuh kontroversi ketika mereka menentang Como – kelab milik Cesc Fabregas dan Kumpulan Djarum dari Indonesia.

Kelab tersebut mendapat liputan media yang sangat positif sejak akhir akhir ini. Sebagai tambahan, legenda Arsenal, Thierry Henry turut menjadi pemilik sebahagian saham dalam kelab ini.

Como akan beraksi di Serie A pada musim baharu ini dan sedang dalam proses memuktamadkan perjanjian dengan Raphael Varane.

Namun aksi persahabatan Como dengan Wolves dicemari dengan insiden rasis. Di mana ada pemain pertahanan Como telah mengejek Hwang Hee Chan secara rasis.

Tindakan pemain itu membuatkan Daniel Podence bengang dan menumbuk pemain tersebut. Podence dilayangkan kad merah kerana kelakuan ganas.

Insiden itu berlaku ketika Wolves sedang meraikan gol pertama mereka minit ke-68. Di mana ada pemain yang telah menghina Hwang Hee Chan.

Hee Chan sangat marah dan sedih dengan tindakan pemain tersebut. Daniel Podence dikatakan telah cuba menghentikan pemain itu dan memberikannya amaran. Namun dia terus membuat muka pailang.

Akhirnya satu penumbuk dihayunkan ke muka pemain tersebut. Insiden tersebut mencetuskan sedikit ketegangan namun akhirnya berjaya dikawal.

Pengadil tidak teragak agak melayangkan kad merah kepada Podence.

Pengurus Wolves, Gary O’Neil mengesahkan bahawa insiden itu kerana ada ejekan rasis daripada pemain Como.

O’Neil berkata: “Hee Chan mendengar ada ejekan rasis ke atasnya. Dia sangat kecewa. Dan saya mendapatkan Hee Chan bertanya sama ada dia mahu saya untuk mengeluarkan pasukan dari padang [tidak mahu bermain lagi].

“Atau dia mahu keluar, namun Hee Chan mahukan pasukan kami meneruskan permainan.

“Ianya benar benar mengecewakan – jelas sekali. Kecewa nak bercakap tentangnya, kecewa ianya berlaku dan impaknya kepada perlawanan. Perkara seperti ini tidak sesuai dengan aksi pra musim. Perkara seperti ini tidak sepatutnya berlaku sama sekali.

“Saya faham Hee Chan benar benar kecewa. Namun saya bangga dengannya kerana dia meletakkan pasukan sebagai keutamaan walaupun dia dalam keadaan yang sangat sukar. Kerana ini adalah aksi pra musim dan semua pemain mahu bekerja dan mendapatkan minit.

“Walaupun dia benar benar menderita kerana sesuatu yang sangat ofensif untuknya. Namun Hwang Heen Chan baik baik sahaja dia akan ok.”

Peminat memuji tindakan Daniel Podence yang sanggup mempertahankan kawannya serta menentang orang yang rasis.

Seorang peminat menambah: “Ini adalah kad merah terbaik dalam karier kamu Podence, berbanggalah.”