Danis Sindir Kem Khabib Sebagai ‘Tikus Pengecut’ Selepas Islam Makhachev Menarik Diri

Berita mengenai Islam Makhachev yang menarik diri daripada melawan Rafael Dos Anjos di UFC Vegas 14 sekali lagi menimbulkan perselisihan faham antara dua kem iaitu kem Khabib Nurmagomedov dan kem Conor McGregor.

Pengumuman penarikan diri oleh Islam Makhachev, yang dimuat naik ke akaun @ESPNMMA, mendapat respons daripada Dillon Danis yang merupakan rakan baik McGregor.

Kita semua tahu Islam Makhachev merupakan petarung yang merupakan rakan sparring dan rakan baik Khabib Nurmagomedov.

Jadi inilah peluang untuk kem McGregor menghentamnya dengan menyindir pengunduran itu dengan Khabib.

Menjawab berita bahawa Makhachev tidak dapat bertemu dengan Dos Anjos, Danis menulis di ruangan komen, “Tikus selalu melarikan diri.”

Ianya sindiran kepada kem Khabib yang sebelum ini dilable oleh Danis sebagai tikus Muslim yang suka bersembunyi.

Gelaran itulah yang membuatkan Khabib sangat marah ketika itu.

Danis adalah salah seorang dalam kem McGregor yang membantu memanaskan pertempuran The Eagle vs The Notorious di UFC 229 dua tahun lalu.

Setelah McGregor menyerah kalah dengan tapped out, Khabib menang pertarungan itu kemudian melompat pagar dan menyerang kem McGregor.

Salah seorang yang menjadi mangsa serangan Nurmagomedov adalah Danis.

Khabib menyatakan dia tidak dapat mengawal kemarahannya kerana Danis dan rakan rakannya telah melakukan beberapa siri penghinaan terhadap agama dan keluarga.

Danis menghina agama Khabib

Nurmagomedov berkata: “Dia mengutuk agama saya, dia mengutuk negara saya, dia mengutuk ayah saya, dia datang ke Brooklyn dan kemudian memecahkan bas.”

“Dua hampir membunuh beberapa orang di dalamnya.”

“Ada korang kisah pasal benda ni? Dan kenapa orang bercakap tentang saya melompat keluar dari pagar?”

“Ini sukan yang berkaitan hormat menghormati. Ini bukan sukan cakap cakap sampah [provokasi]. Saya nak mengubah permainan ini.”

“Saya tak nak orang bercakap benda teruk tentang lawan, ayah lawan mereka dan agama orang lain.”

“Kamu tak boleh bercakap [buruk] tentang agama, bangsa dan perkara seperti ini.”

Walaupun tidak dapat dipastikan kecederaan yang dialami Islam Makhachev, tidak ada butiran lebih lengkap tentang kecederaan tersebut.

Namun jelas sekali kem McGregor terlalu cepat untuk memberikan komen yang berbaur sindiran dan spekulasi.

Ada juga yang menyambung dengan komen: “Langit itu biru,” menyindir bahawa berita seperti ini sememangnya bukan satu kejutan.

Mereka berterusan menghentam Islam Makhachev dengan menuduh petarung itu pengecu dan suka mengelak pertarungan besar.

Pada beberapa bulan lalu, Khabib menarik diri daripada pertarungan dengan Tony Ferguson kerana negaranya tidak membenarkan rakyatnya keluar ketika lockdown.

Nurmagomedov sudah memberitahu dia boleh menggunakan namanya untuk keluar ke AS. Namun dia mahu menjadi sama seperti rakyat Rusia yang lain. Menghormati peraturan lockdown.

Respon pendek Danis mendapat respons dari beratus-ratus akaun lain. Ramai juga yang menghentam  Danis.

Sementara itu, Makhachev adalah sepupu Khabib yang kini menjadi salah seorang petarung di UFC di kelas ringan. Makhachev juga berlatih di Akademi Kickboxing Amerika, di mana Khabib berlatih di bawah Javier Mendez.

Islam Makhachev dianggap salah seorang calon terbaik untuk menyambung legasi Khabib Nurmagomedov.

Makhachev terpaksa menarik diri daripada pertarungan kali ini kerana kecederaan.

Khabib tak suka mengelak

Sebelum ini Dana White menyatakan sebenarnya Khabib seorang yang sangat kental. Berbeza dengan dakwaan Anis ke atas petarung dengan rekod 29-0 itu.

Dana White mengesahkan bahawa Khabib Nurmagomedov sebenarnya mengalami kecederaan serius di kakinya.

Namun petarung dari Dagestan itu tidak mahu menarik diri daripada acara UFC 254 menentang Justin Gaethje.

Nurmagomedov meneruskan perjuangannya dengan dua jari kakinya patah ketika latihan.

Bercakap kepada media selepas tamat pertarungan UFC254, Dana White berkata:

“Hebatnya cabaran yang telah dilalui oleh beliau. Kita semua sangat bernasib baik dapat menyaksikan dia bertarung malam ini.”

“Sebenarnya sebelum ini dia berada di hospital, dengan jari kakinya patah pada tiga minggu lalu.”

“Ya dua jari kakinya patah dan satu tulang di kakinya juga patah di sebelah jari kakinya yang patah itu — itu yang dimaklumkan oleh kemnya kepada saya.”

“Mereka tak pernah maklumkan kepada sesiapa.”

Dana White menganggap Khabib Nurmagomedov sebagai salah seorang manusia yang paling lasak di dunia.

Khabib Nurmagomedov menewaskan Justin Gaethje dalam aksi UFC 254 dengan submission. Di mana beliau mengunci lawannya dengan triangle choke.

Khabib Nurmagomedov menangis di atas octagon meraikan kemenangan beliau.

Dan kemudian mengumumkan itu adalah pertarungan terakhirnya. Khabib Nurmagomedov mengumumkan persaraannya.

Menurutnya, dia sudah berjanji akan menjaga ibunya. Dan sudah berjanji kepada ibunya bahawa ini adalah pertarungan terakhirnya tanpa ayahnya menemaninya.

Khabib Nurmagomedov meninggalkan octagon dengan rekod tanpa kalah 29-0.

Ayah Khabib Nurmagomedov meninggal dunia beberapa bulan lalu. Pemergian ayahnya memberikan kesan sangat mendalam secara emosi dan psikologi.

Ini kerana ayahnya merupakan gurunya di dalam dan luar gelanggang. Ayahnya seringkali menegurnya dan memintanya bersabar apabila ada dugaan melanda.

Khabib Nurmagomedov pernah menyatakan beliau masih takut dipukul ayahnya apabila balik ke rumah setiap kali ada melakukan kesalahan, meskipun beliau sudah dewasa dan bergelar juara dunia.

Baca yang lain

Bayern Sedia Lantik Semula Nagelsmann

Bayern Munich dilaporkan mempertimbangkan untuk membawa pulang Julian Nagelsmann dan pembantunya, Sandro Wagner ke kelab itu menggantikan Thomas Tuchel. Nagelsmann pernah menjadi