Dapat 39 Je Pace Dalam FIFA22, Giroud Berkata: “Anak Aku Umur 3 Tahun Pun Lagi Laju Dari Tu”

Olivier Giroud ternyata tidak gembira dengan FIFA 22 selepas memberikan dia pace yang terlalu teruk.

Giroud musim ini bermain untuk AC Milan selepas meninggalkan Chelsea.

Sebelum ini, bekas rakan sepasukan Giroud di Chelsea, Antonio Rudiger mengeluarkan rekod statistik kelajuan yang dicatatkannya di atas padang untuk mencabar rating pace pada FIFA 22 miliknya.

Rudiger berkata: “Ayuhlah EA Sports… kelajuan terpantas di atas padang 35.8kmj, hanya dapat 75 je pace dalam FIFA22 [emoji gelak keluar air mata] Apa lagi yang harus aku buat ni untuk mendapat pace sekitar 90? [Berlari] 50 kmj? [emoji gelak keluar air mata dengan senget sikit dan emoji gelak dengan air mata].”

Ramai  lagi pemain yang mengeluh dengan rating mereka dalam FIFA, bukan sahaja pada FIFA 22 ini, malah dalam edisi edisi lalu.

Berbalik kepada kisah Giroud, Dalam FUT, pace Giroud diberikan cuma 39. Dengan wajah kecewa di hadapan kawan kawan, Giroud menganggap data itu sebagai mustahil.

Giroud memang seorang pemain yang dianggap tidak mempunyai pace di atas padang. Namun dia target man yang sangat bahaya.

Membantu negaranya memenangi Piala dunia dengan kemampuannya sebagai target man. Dalam pasukan Perancis, Giroud masih lagi pemain yang terus dipanggil oleh Didier Deschamps.

Memang Giroud tak mengklaim dirinya pemain yang laju, tetapi dia tetap merasakan dia patut mendapat pace yang lebih laju daripada itu.

Giroud bahkan berkata, anak dia lelaki dia yang masih berusia 3 tahun pun lagi laju daripada pace 39 itu.

Giroud berkata: “Itu [pace 39] tak mungkin kot… Anak lelaki saya [berusia 3 tahun] pun lagi laju daripada pace 39 tu.”

Rakan rakannya yang lain hanya mampu tergelak melihat pace yang seperti kura kura itu.

Giroud kemudian meminta kad FUT miliknya itu dan kemudian menterbalikannya, dengan berkata: “Lebih bagus macam ni,” kata beliau yang sudah tak berminat untuk menunjukkan kad FIFA 22 beliau.

Baca yang lain

Xavi Nekad Tinggalkan Barca

Xavi Hernandez menyatakan bahawa dia sudah nekad mahu meninggalkan Barcelona pada akhir musim ini. Xavi beberapa bulan lalu mengesahkan dia sudah mencapai