Dapat Cinggey Baru, Balotelli Masih Tak Berlatih Bersama Kelab Barunya FC Sion

Sebelum ini FC Sion telah mengeluarkan kenyataan bahawa mereka masih tidak melihat kelibat Mario Balotelli melapor diri untuk latihan pasukan mereka.

Dan beberapa hari kemnudian Mario Balotelli dilihat sedang mabuk dan berpesta bersama wanita wanita cantik dan seksi.

Balotelli menyertai FC Sion selepas menolak untuk kekal bersama kelab Turki iaitu Adana Demirspor.

Dia menikmati musim yang sangat baik di Turki sehinggakan dia dipanggil ke skuad kebangsaan ketika dia berada di sana.

Balotelli terkenal dengan kelakuannya sebagai pemain nakal yang menghalangnya mencapai potensi tertinggi dalam kariernya. FC Sion merupakan kelab ke-10 di dalam kariernya.

Sudah tentu, semasa bermain untuk Adana Demirspor, Balotelli mempunyai detik unik. Salah seorang daripada mereka mengejek jurulatih lawan apabila dia menjaringkan gol, kerana jurulatih berkenaan telah menggelar Balotelli sebagai ‘tidak berotak’ 13 tahun sebelumnya.

Dan, ia tidak mengambil masa yang lama untuk mejadi tajuk akhbar dengan menimbulkan masalah baru di Switzerland. Dia terlibat dalam satu insiden di luar sebuah bar. Bukan itu sahaja, pemain itu juga masih tidak dilihat lagi dalam sesi latihan pasukan.

Dia dilaporkan tidak berada dalam sesi latihan dan tidak ada penjelasan antara pemain dan kelab.

Kemudian peminat terserempak dengan Balotelli yang sedang berseronok dan mabuk.

Pemain berusia 32 tahun itu turut menyiarkan gambar di kisah Instagramnya, di mana siaran itu menunjukkan dirinya sedang berbaring sambil berehat di tempat yang sangat mewah.

Peminat FC Sion mulai marah dengan perkembangan Balotelli. Kerana pemain itu masih belum menjaringkan gol bersama kelab baharunya setakat ini.

Seterusnya, FC Sion akan berdepan dengan FC Rapperswil dalam aksi Piala Switzerland. Pemain itu masih diragui akan terlibat dalam aksi tersebut.

Laporan terbaru menyebut, dia meminta pelepasan daripada latihan kerana bronkitis. Tetapi peminat mulai tahu sebab sebenar dia tak hadir ke latihan kerana cinggey ataupun teman wanita baharunya.

Bilalah Super Mario ni nak berubah agaknya ye? Roberto Mancini pernah menyatakan bahawa Balotelli merupakan pemain yang sangat berbakat namun dia sangat mudah hanyut dengan keseronokan lain selain bola sepak.

Baca yang lain

Xavi Nekad Tinggalkan Barca

Xavi Hernandez menyatakan bahawa dia sudah nekad mahu meninggalkan Barcelona pada akhir musim ini. Xavi beberapa bulan lalu mengesahkan dia sudah mencapai