Dapat RM2.8 Juta Seminggu, Ronaldo Kelima Tertinggi Di Belakang Oscar, Iniesta Messi

Jadi, Cristiano Ronaldo baru saja pulang ke rumahnya di Old Trafford. Dan beliau kini menjadi pemain paling tinggi bayaran gaji di EPL.

Manchester United berjaya mencantas Ronaldo daripada menjadi Carlos Tevez yang dialu alukan City dengan billboard yang terpampang besar bertulis: “Selamat Datang Ke Manchester”.

Ronaldo sememangnya menunggu tawaran daripada United selama. Namun United cuma melakukan usaha itu pada saat saat akhir selepas mendengar bahawa Ronaldo benar benar mahu angkat kaki.

United dalam kenyataanya berkata: “Man United berbesar hati mengesahkan bahawa kelab telah mencapai persetujuan dengan Juventus untuk perpindahan Cristiano Ronaldo.”

“Cristiano, pemenang Ballon d’Or lima kali setakat ini sudah memenangi 30 trofi major termasuk 5 UCL, 4 Piala Dunia kelab dan 7 kejuaraan Liga Inggeris.”

“Pada kali pertama beraksi untuk Man United dahulu, Ronaldo menjaringkan 118 gol daripada 292 perlawanan.”

“Semua orang di kelab ini sudah tak sabar untuk mengalu alukan pulang kembali ke Manchester.”

Menurut laporan, Manchester United membayar Ronaldo gaji £480,000 seminggu ataupun sekitar RM2.8 juta seminggu. Itupun selepas dia sanggup menerima pengurangan gaji daripada yang dia dapat di Juventus.

Tancredi Palmeri melaporkan bahawa Ronaldo kini berada di senarai pemain kelima dalam senarai penerima gaji tertinggi di dunia.

Sebelum ini Ronaldo berada di senarai kedua dalam carta penerima gaji tertinggi di dunia.

Mari kita lihat siapakah mereka mereka yang memiliki gaji tertinggi semusim di kelab mereka.

10. Robert Lewandowski | €15.5 juta

9. Philippe Coutinho | €15.5 juta

8. Gareth Bale | €16 juta

7. Mohamed Salah | €19.5 juta

6. Antoine Griezmann | €20 jut

5. Cristiano Ronaldo | €23 juta

4. Oscar | €24 juta

3. Andres Iniesta | €25 juta

2. Neymar | €30 juta

1. Lionel Messi | €35 juta

Pasti korang perasan kan bahawa Oscar dan Andres Iniesta mendapat gaji lebih tinggi daripada Ronaldo.

Seterusnya daripada senarai tersebut, Phillipe Coutinho antara pemain yang bergelut dengan prestasi beliau dan kurang minit permainan untuk Barcelona. Beliau turut dipinjamkan ke Bayern Munich sebelum ini.

Oscar menerima €24 juta dari kelab Liga Super China. Dia harus berterima kasih kepada Shanghai Port kerana masih tidak memotong gajinya.

Oscar ke CSL walaupun ketika itu dia menjadi pemain penting negaranya. Oscar sedar tindakannya akan membuatkannya terlepas ke kejohanan seperti Piala Dunia.

Oscar berkata: “Saya tak peduli pun sama ada saya pergi Piala Dunia atau tak. Saya dikecam hanya kerana saya datang ke China.”

“Secara peribadi saya memikirkan soal keluarga dan masa depan saya. Saya tak nak miskin apabila tua nanti dan cuma hidup dengan memori bermain di Piala Dunia.”

Ini kerana banyak kelab China sudah memotong gaji pemain mereka. Ada pemain yang terpaksa membatalkan kontrak kerana tak setuju dikurangkan gaji.

Oleh sebab itu juga CSL tidak mendominasi carta 10 gaji tertinggi seperti beberapa tahun lalu,

Kerajaan China sebelum ini memberikan amaran kepada kesemua kelab Liga Super China agar tidak memberikan gaji terlalu besar kepada pemain bola sepak.

Pada usianya 37 tahun, Andres Iniesta masih menjadi bintang utama Vissel Kobe di Liga J.

Messi yang baru sahaja rasmi menyertai PSG kini kekal di tangga pertama dalam senarai walaupun dia sebenarya menerima pengurangan gaji juga di PSG berbanding gaji tak masuk akalnya sebelum ini.

Neymar menjadi penerima gaji kedua tertinggi selepas dia bersetuju dengan kontrak lanjutannya yang baharu.

Berita yang membuatkan peminat Barca agak kecewa ketika itu kerana secara rasminya Neymar tidak akan kembali ke Barcelona.

Dia sudah berikrar tidak akan sesekali memikirkan untuk kembali ke Barcelona. Dia menyesali tindakannya itu sebelum ini.

Lebih malang Barca terpaksa melepaskan Messi kerana larangan FFP. Dan Messi menyertai PSG bermain bersama Neymar.

Pemain seperti Mbappe dan Haaland pasti akan berada dalam senarai 10 teratas itu tidak lama lagi.

Baca yang lain