Dari 6 Penampilan Terus Kepada 29, Alphonso Davies Kini Pemain Muda Terbaik Bundesliga

Pada musim lepas Alphonso Davis tidak pernah muncul dalam kesebelasan utama Bayern Munich dalam kempen Bundesliga.

Dia hanya bermain sebanyak 6 kali, dimasukan dari bangku simpanan.

Tiba-tiba pemain muda dari Kanada ini menjadi pemain utama di bahagian bek kiri pasukan jaguh Jerman.

Daripada tampil hanya 6 kali, dia muncul sebanyak 29 kali dan dia wajar mendapat anugerah.

PEMAIN MUDA TERBAIK BUNDESLIGA

Alphonso Davies telah memberi kredit kepada Bayern Munich dan Bundesliga selepas menerima anugerah Rookie of the season 2019/20.

Anugerah yang melibatkan undi dari peminat 40%, kelab 30% dan pundit 30%.

Davies yang baru berusia 19 tahun telah mendapat musim penuh pertama bersama kelab gergasi itu di Bundesliga.

“Saya sangat bangga.” kata Davies kepada lagenda Bundesliga, Lotthar Mattheus

“Bila saya tiba di Jerman saya hanya mahu belajar dari pemain terbaik yang ada disini. Menang anugerah ini dan bermain banyak perlawanan merupakan impian yang menjadi kenyataan.”

Davies muncul sebanyak 29 kali di Bundesliga 2019/20, 25 kali sebagai pemain kesebelasan utama. Peningkatan yang signifikan berbanding musim sebelumnya.

Pada mulanya dia diturunkan sebagai pemain sayap kiri. Selepas kecederaan yang dialami oleh Lucas Hernandez, dia mula mendapat tempat dan berada di bek kiri sehingga tamat musim.

Davies hanya terlepas 5 dari 34 perlawanan Bundesliga. Pemain Kanada ini menjaringkan 3 gol dan menyumbang 5 bantuan gol.

Paling mengejutkan Davies juga mencipta rekod baru -pecutan- dengan catatan 22.7 batu/jam.

“Saya tidak mempunyai rahsia. Saya melakukan latihan di trek selama 3 tahun. Ia membantu saya berlari dengan pantas.

Davies juga memberi penghargaan kepada Robert Lewandowski dan David Alaba dalam membantu perkembangannya disana.

Menjadikannya dari pemain sayap kepada antara bek kiri terbaik di dunia.

“Kami mempunyai pemain yang hebat dalam pasukan.”

“Mereka membantu saya dalam setiap keadaan. Mereka mahu saya menjadi terbaik setiap hari di padang latihan dan dalam perlawanan.”

“Hubungan saya dengan mereka sangat baik.”

Davies mengakui dia tidak begitu fasih berbahasa Jerman.

Bayern Munich masih boleh menambah koleksi trofinya pada musim ini. Mereka masih bersaing dalam Piala DFB Pokal.

Bayern  Munich akan bertemu Bayer Leverkusen pada 4 Julai dalam perlawanan akhir yang akan dilangsungkan di Berlin.

Mereka juga masih bersaing dalam Liga Juara-Juara. Kini sedang mendahului Chelsea 3-0 secara agregat.

Kedua-dua pasukan akan bertemu dalam perlawanan peringkat pusingan 16 perlawanan ke-2 pada Ogos depan.

Davies menetapkan matlamat bersama Bayern Munich.

“Matlamat saya dengan Bayern Munich adalah menang sebanyak mungkin piala, bermain sebanyak mungkin, menjaringkan gol dan mencipta bantuan jaringan.”

Kejayaannya di padang, pemain ini mempunyai sisi yang agak merendah diri.

Dia dilahirkan di kem pelarian Ghana selepas ibu bapanya melarikan diri dari perang saudara yang berlaku di Liberia.

Remaja ini seorang yang cepat mengambil peluang.

Dia berpindah ke Kanada pada usia 5 tahun dan 12 tahun kemudian dia mendapat taraf warganegara melalui formatif kerana bermain di Major League Soccer bersama Vancouver Whitecaps.

Dari sana dia mendapat loteri apabila menarik minat Bayern Munich.

“Bundesliga sangat istimewa bagi kerana mereka memberi peluang kepada pemain muda datang kesana dan tunjukkan apa yang mereka miliki.” kata Davies

“Sudah semestinya sukar untuk menembusinya terutama dari Kanada. Ia memerlukan kerja keras, tekad untuk saya dapat bermain.”

Davies telah melakukan dengan baik, pemain dari bukan negara besar bola sepak bermain untuk pasukan yang penuh dengan bakat bertaraf dunia.

Anugerah Rookie 2019/20 membuktikan komitmen dan kerajinan memenuhi potensi yang ada padanya.