“Dari Awal Saya Dah Tahu Kami Akan Juara, Tetapi Fans Barcelona Kecam Saya”

Thibaut Courtois berperanab besar di sebalik kejayaan Real Madrid menjuarai La Liga musim ini.

Courtois mengakui sudah tahu sejak awal lagi bahawa Real Madrid akan menjuarai La Liga musim ini.

Courtois menjadi antara pemain yang paling banyak menerima kecaman pada musim pertamanya. Selepas aksi yang teruk.

Ramai yang merasakan Real Madrid melakukan pelaburan yang salah dengan melepaskan Keylor Navas.

Kehadiran semula Zinedine Zidane membuatkan segelintir fans Real Madrid merasakan, masa untuk Courtois di Bernabeu sudah berakhir.

Namun Zidane sama dengan pengurus sebelum ini, meletakkan kepercayaan kepada Courtois dan menyuruh Keylor Navas mencari pasukan lain.

Namun ternyata penjaga gol itu berjaya mengatasi tekanan mental dan emosi dan menunjukkan prestasi terbaiknya pada musim kedua.

Musim ini Courtois menjadi salah seorang pemain paling konsisten.

Thibaut Courtois kemudian membalas kepercayaan tersebut dengan aksi cemerlang pada musim penuh pertama Zidane selepas kepulangan semula pengurus itu.

Real Madrid hanya bolos 23 gol di La Liga musim ini – paling sedikit dalam kalangan pasukan di La Liga.

Pemain berusia 28 tahun tersebut juga berhasil mencatatkan 18 clean sheet dari 34 aksi di liga. Jumlah tersebut adalah yang terbanyak dari kalangan penjaga gol di La Liga.

Hasil daripada kecemerlangan Thibaut Courtois, Real Madrid berjaya merampas semula kejuaraan La Liga walaupun hanya menjaringkan 68 gol sahaja berbanding 81 gol oleh Barcelona. Madrid Bungkam Valencia 3-0

Courtois berkata kepada wartawan selepas tamat aksi menentang Villareal di mana Real Madrid mengesahkan kejuaraan dengan kemenangan 2-1, Courtois berkata: “Kembali dari lockdown, setelah dua bulan yang padat, menang 10 perlawanan.. Saya percaya kepada pasukan ini bahawa kami mampu memenanginya.”

Courtois terbilang cukup vokal. Pada bulan Mei lalu, beliau telah menyinggung perasaan penyokong Barcelona dengan menyatakan bahawa Real Madrid seharusnya menjadi juara jika liga tidak bersambung lagi walaupun ketika itu Real berada di belakang Barcelona.

Ini kerana menurut Courtois, Barcelona seri sekali dan kalah sekali dengan Real Madrid.

“Jika mereka memutuskan untuk menghentikan liga pada pagi ini dan Barcelona dinyatakan sebagai juara, saya tidak merasa itu tepat,” ujar Courtois pada bulan Mei lalu.

“Mereka seri sekali menentang kami dan kalah sekali, jadi kami menunjukkan kepada mereka bahawa kami adalah pasukan yang lebih bagus daripada mereka.”

“Kami ketinggalan dua mata sahaja daripada mereka, tetapi saya tidak akan bersetuju dengan itu. Kalau di England, saya dapat memahami jika Liverpool menjadi juara [kerana jurang mata sangat jauh].”

“Saya tidak tahu berapa banyak mata mereka di hadapan sekarang ini.  Saya mahu menamatkan musim ini. Saya rasa kejuaraan harus ditentukan berdasarkan semua perlawanan yang harus dimainkan.”

Courtois sempat mengenang kembali detik dikecam beramai ramai penyokong Barcelona ketika berpandangan Real Madrid layak juara.

“Lebih dari sekali, saya mendapa mesej dari Catalonia yang menyuruh saya diam. Dan pasukan saya telah menunjukkan bahawa kami telah berjaya melakukannya,” tuntas beliau.

Lain macam panas Courtois ni. Dan kini beliau berjaya membantu dua kelab Madrid menjadi juara La Liga di dalam kariernya.