Dari Pena Niv: Harusnya Bagaimana Kita Gelar Malayneum

Selepas kejayaan konsert Transcendence 20th Anniversary, sudah mula kedengaran dari mulut RoyalButter berharap untuk Butterfingers mengadakan konsert untuk album Selamat Tinggal Dunia.

Kenapa STD? Alasan mudahnya sebab Butterfingers tak main lagu dari album selepas Transcendence dalam konsert tersebut.

Secara logiknya album STD ini adalah album paling popular Butterfingers, walaupun album ini dikatakan sudah hilang nyawa Grunge tapi ia masih lagi Butter. Dan kenapa peminat buat-buat lupa, sebelum STD ada satu lagi album penting iaitu Malayneum?

Ya Malayneum ini dianggap album yang gagal teruk oleh peminat.

Tiada roh Grunge dan terlalu Record-ish, berbanding album sebelum ini yang Raw dan punya pengaruh Grunge yang banyak.

Tapi, kepada mereka yang tak fasih, ini lah album Stepping Stone atau Batu Loncatan sebelum wujudnya STD yang diagungkan khalayak.

Dalam Malayneum ini begitu banyak percubaan dan eksperimen oleh Loque, baik dalam hal teknikal/equipment ataupun hal jiwa/lagu. Tanpa Malayneum tak akan lahirnya sound² STD dan Kembali

Boleh dilihat secara kasarnya ketika album Malayneum ini dihasilkan, Loque menarik roh P.Ramlee sebelum dipeluk bersungguh-sungguh sehingga sekarang.

Ya sebelum ini pun sudah ada bunyi² P.Ramlee tapi tak ketara, dalam album ini Loque tampak determined dengan pelukan roh P.Ramlee.

Bila cerita pasal P.Ramlee mestilah kita bercerita pasal Nusantara, dan salah satu punca kegagalan album ini adalah kerana Butterfingers semahu-mahunya nak Blend sound Nusantara dengan lagu English.

Ditambah pula dengan hobi baru Loque dimasa itu, iaitu bermain dengan Sampling.

Meninggalkan Rawness atau Barai dalam album sebelum ini, Malayneum diperah untuk menghasilkan sound yang berteknikal atau secara kasarnya sound yang clean.

Tiada lagi Distortion atau gaya vokal Kurt Cobain, ini yang peminat masa tu berang.Loque juga membawa masuk elemen luar seperti Psychedelic ala The Stone Roses dan juga gaya bunyian Folk.

Elemen-elemen yang diselit dalam Malayneum ini lah yang akhirnya mengikat sound Butterfingers dan menjadi asas kepada sound “Rakyat” STD.

Reaksi kimia antara Folk dan Nusantara akhirnya menjadi genggaman buku lima Loque dalam setiap lagu selepas itu.

Malayneum gagal sebagai sebuah album komersil, tapi tak gagal sebagai satu dari 1000 percubaan eksperimen makmal Butterfingers.

Akhirnya dengan sedikit kegagalan ujian eksperimen Malayneum, terzahirlah Selamat Tinggal Dunia yang melahirkan RoyalButter era baru.

Walaupun ada yang mula minat Butterfingers hanya pada album STD, tapi mereka sedikit² terbaptist dengan Transcendence dan lain² album sebelumnya.

Situasi ini sama sahaja dengan kes Metallica mengeluarkan album Reload yang dicop sebagai Selling Out oleh peminat tegar mereka, mana tahu dengan album Reload itu peminat baru terus mengorek rilisan lama Metallica dan menjadi Metallers sejati.

Jika Bang Jamil mengatakan Selamat Tinggal Dunia adalah album Magnum-Opus. Malayneum adalah album Piece De Resistance, iaitu satu kerja yang Remarkable. Bak kata Thom Yorke-Radiohead “Untuk seketika ku hilang kawalan diri”.

Tentang Penulis

Penulis adalah Niv AR merupakan pendukung tegar gerakan Emery Out.

Follow beliau di Facebook Niv AR untuk penulisan yang Power dan mendapatkan ubat kuat.

Baca yang lain