Daripada 111 Yang Ada, Fabregas Pilih Assist Tak Pernah Wujud Sebagai Assist Terbaiknya

Cesc Fabregas merupakan salah seorang penghantar bola terbaik di dalam generasi beliau terutama sekali di Liga Perdana Inggeris.

Fabregas memiliki versatiliti yang tinggi di dalam hantaran. Sama ada hantaran panjang dan juga hantaran yang rendah.

Bekas pemain kebangsaan Sepanyol itu memiliki banyak sekali assist yang kemas kepada rakannya sepanjang kariernya.

Beliau sentiasa memiliki visi permainan yang luar biasa di atas padang. Sepanjang kariernya di Liga Perdana Inggeris, beliau telah bermain 350 kali untuk Arsenal dan Chelsea.

Sepanjang tempoh itu, Fabregas melakukan 111 assist. Kedua terbanyak di belakang Ryan Giggs.

Namun di sebalik rekod 111 assist itu, Fabregas memilih assist beliau yang tak pernah wujud sebagai assist terbaik dalam kariernya.

Dalam satu segmen Tanya dan Jawab di Twitter di halaman Twitter rasmi Chelsea; Cesc Fabregas ditanya, yang manakah assist paling padu dilakukan beliau di dalam karier.

Fabregas memilih hantaran maut / killer pass beliau ketika melakukan hantaran dengan voli kepada Diego Costa.

Fabregas melakukan satu pancungan / slice yang kemas mengatasi garisan akhir pertahanan lawan. Namun malangnya hantaran itu dipersiakan oleh ‘miss’ daripada Diego Costa.

Fabregas agak kecewa dengan penggempur senegara beliau itu kerana membuatkan assist itu tidak pernah wujud.

Diego Costa dikenali dengan ketajamannnya di hadapan gol. Namun pada hari itu beliau terlepas peluang untuk menyempurnakan gol itu.

Fabregas berkata:

“[Assist terbaik saya adalah] separa voli kepada Diego Costa ketika aksi di tempat lawan berhadapan dengan Swansea yang dia [Diego Costa] gagal sempurnakan… saya yang akan maafkan dia untuk itu.” tegas Fabregas sambil berseloroh.

Korang ingat tak hantaran half volley yang dimaksudkan Fabregas itu?

Ini dia:

Memang cantik dan tepat hantaran tu. Kawalan bola yang kemas dan bola tak lari daripada kawalan.

Namun Fabregas dan Costa memiliki keserasian yang luar biasa. Fabregas dan Costa banyak sekali terhubung dengan baik di atas padang.

Fabregas sangat memahami gerakan Diego Costa, dengan visinya, beliau menghantar bola awal / early ball yang membolehkan Costa menerima bola sesedap rasa pada masa dan tempat yang tepat.

Fabregas kini beraksi untuk AS Monaco di Perancis selepas beliau meninggalkan Chelsea.

Beliau antara pemain yang aktif berinteraksi dengan rakan dan peminatnya menerusi Twitter.

Fabregas merupakan pemain yang beraksi dalam generasi emas untuk negaranya di Sepanyol walaupun dibayangi oleh deretan nama besar yang lain seperti Xabi Alonso, Xavi, Iniesta dan lain-lain.

Antara detik paling sinonim Fabregas dengan Sepanyol apabila menjadi false 9 ketika Euro satu ketika dahulu.

Ketika itu, David Villa dan Fernando Torres masih belum cergas sepenuhnya dalam beberapa perlawanan. Fabregas berjaya memainkan peranan beliau dengan baik dan membantu Sepanyol menjadi juara.

Baca yang lain

Xavi Nekad Tinggalkan Barca

Xavi Hernandez menyatakan bahawa dia sudah nekad mahu meninggalkan Barcelona pada akhir musim ini. Xavi beberapa bulan lalu mengesahkan dia sudah mencapai