Darren Bent (Ex Spurs) Buat Kontroversi Dalam Pemilihan Best XI Arsenal vs Spurs

Darrent Bent telah membuat kontroversi dan mungkin akan menyebabkan dia dibenci peminat Spurs selepas ini.

Ianya kerana Bent telah menyenaraikan kesemua nama pemain Arsenal ketika diminta untuk memilih best XI daripada aksi derbi London Utara antara Spurs vs Arsenal minggu ini.

Walaupun Bent pernah beraksi 2 musim di Spurs, namun dalam dirinya sebenarnya adalah Gooner.

Dia meminati Arsenal sejak kecil lagi dan merupakan peminat fanatik pasukan itu sejak di bangku sekolah.

Kini peminat Spurs melihat sisik sebenar Darren Bent dalam sesi wawancara dengan TalkSPORT.

Walaupun pemain seperti Son Heung Min dan James Maddison berada dalam prestasi terbaik mereka pada masa ini, namun masih gagal mendapat tempat dalam  kesebelasan pilihan Bent.

James Madduson kini dianggap antara pembelian terbaik di EPL dan Eropah musim ini. Dia memenangi Anugerah Pemain Terbaik Bulanan EPL untuk Ogos.

Bent berkata: “Penjaga gol, saya pilih antara David Raya atau Aaron Ramsdale. Saya rasa mereka [Arsenal] memiliki dua penjaga gol lebih baik [berbanding Spurs].”

“Ben White di bek kanan, dengan 2 bek tengah yang hebat [William] Saliba serta Gabriel – gandingan ini akan menjadi sangat kuat dan kamu tak mampu untuk menembusinya.”

“Bek kiri, [Oleksandr] Zinchenko, seorang pemain inverted midfielder [dia merujuk kepada inverted fullback role yang dimainkan Zinchenko].”

“Tierney pun tak sebagus Zinchenko bermain peranan ini, ianya berkaitan dengan garisan sejajar di belakang. Kemudian kita ada Jurrien Timber juga dalam pasukan Arsenal, namun dia masa ini cedera.”

“Bahagian tengah, saya pilih [Declan] Rice, [Thomas] Partey, [Martin] Odegaard. Dia [James Maddison] tak boleh main defensive midfielder bukan?”

“Saka, Gabriel Jesus di bahagian serangan utama dan juga [Gabriel] Martinelli.”

“Alasan saya tak meletakkan Son dalam pasukan ini, kerana dia tak berapa bagus musim lalu. Dia menjaringkan hatrik ketika bermain sebagai center forward. Dia tak bagus sangat main sayap kiri.”

Akhirnya Bent memilih ini sebagai kesebelasan pilihannya hasil kombinasi 2 pasukan London Utara itu.

Baca yang lain