Darren Lok Gagal Sepanjang Kariernya di Liga M?

Darren Lok dilaporkan hampir menyertai Pulau Pinang dan dia berharap mendapat lebih minit permainan disana.

Bekas pemain JDT itu menyertai Terengganu FC (TFC) pada musim 2020 namun hanya tampil 38 minit sepanjang musim.

Bagaimanapun pemain berusia 30 tahun itu sempat bermain 3 kali bersama pasukan simpanan -TFC II- sebagai pemain utama.

Dia diturunkan pangkat ke pasukan tersebut pada 13 Mac dan bermain ketika bertemu Kelantan, Sarawak dan P.Pinang di Liga Perdana.

TFC II menang kesemua 3 perlawanan tersebut tetapi pemain kacukan Malaysia-England itu gagal menjaringkan sebarang gol.

Secara keseluruhan Lok tampil 3(4) kali dalam 2 pasukan tersebut tanpa jaringan.

Ia bukanlah sesuatu yang diharapkan oleh pemain yang semakin menghampiri penhujung karier.

JDT 2017-2019

Sebelum itu Lok gagal memecah masuk ke dalam skuad utama JDT sebagai pemain utama walaupun menghabiskan 4 musim kariernya disana. Pemain ini hanya pelengkap kepada saiz skuad.

Musim 2017 nama Lok mula diangkat ke JDT dari JDT II. Lok hanya diberi kesebelasan utama pada perlawanan terakhir liga. JDT seri tanpa jaringan dalam perlawanan itu.

Lok berjaya membuka akaun jaringan di Piala Malaysia ketika masuk menggantikan Nazmi Faiz Mansor ketika tewas 2-3 kepada Selangor dalam perlawanan ke-3 Piala Malaysia.

Seterusnya jaringan ke-2 Lok muncul ketika dia masuk menggantikan Azzamudin pad 1 Ogos 2017.

Pada tahun tersebut Lok bermain 2(4) di pertandingan piala dan dia mempunyai mimpi buruk apabila menerima kad merah semasa bertemu Bangkok United dalam kelayakan Liga Juara Asia.

Musim seterusnya (2018) JDT tidak mempunyai pelan untuk pemain ini di persaingan domestik, hanya muncul 13 minit di liga, 17 minit di Piala FA dan 2 minit di Piala Malaysia.

Bagaimanapun Ulisses Moraes dan Raul Longi memberi 2(3) penampilan di Liga Juara Asia. Lok menamatkan musim 2018 tanpa sebarang jaringan.

Lok diturunkan sepenuhnya ke JDT II pada musim 2019. Walaupun meraih banyak penampilan namun penyerang ini hanya menjaringkan 1 gol dari 7(1) penampilan.

Akhirnya dia berhijrah ke TFC dengan rekod 3 jaringan sahaja di JDT dalam tempoh 3 musim.

TFC 2020 Seterung P.Pinang 2021

Sebagaimana yang dilakukan di JDT, Lok tidak mampu menjaringkan gol yang banyak. Walaupun diberi kesempatan 3 kali bermain bersama TFC II, dia sekali lagi gagal mencetak nama sebagai penjaring.

Peluangnya sangat terhad di skuad utama dan hanya diberi kesempatan selama 37 minit dalam 4 perlawanan sebagai pemain simpanan.

Kini Lok mengintai pasukan yang mampu memberikannya lebih minit permainan. Pada usia 30 tahun, adakah pemain ini bakal mendapat peluang tersebut bersama P.Pinang.

Casagrande mungkin kekal disana dan terus menjadi penyerang utama. Peluang Lok hanya sebagai penyerang simpanan yang digalas oleh Bobby Gonzales.

Bekas pemain Sarawak ini menjadi penyerang simpanan dan dia meraih 4(5) penampilan bersama skuad Harimau Kumbang.

Namun ratio jaringannya hampir sama dengan Lok. Adakah Lok mampu menyumbang lebih baik dari apa yang disumbangnya pada 4 musim terakhirnya.

Sebelum melihat sumbangan lebih baik dari Gonzales.

Sejak 4 musim lepas Lok tidak mempunyai sebarang gol di Liga Super dan hanya mempunyai 1 di Liga Perdana.

Baca yang lain