Data Gol Aguero Ini Membuktikan Dia Penyerang Elit Dari Sudut Sukar

Sergio Kun Aguero sah akan meninggalkan Manchester City selepas tamat musim ini. Dan beliau sudah pun bergelar penjaring terbanyak sepanjang zaman di City.

Seorang penganalisis data bola sepak telah mengeluarkan data khas tentang kedudukan gol Aguero terhasil.

Dan ternyata Aguero menunjukkan dia adalah penyerang elit yang kerap menewaskan penjaga gol dari sudut sukar.

Lebih menarik laporan yang sama memaparkan Aguero memiliki kemampuan untuk menjaringkan gol dengan kedua dua belah kakinya.

Selain itu beliau juga seorang pakar menewaskan penjaga gol di near post. Saksikan di sini visual laporan tersebut.

Ada juga yang mencuri tumpuan di sini. Satu gol jauh dari sebelah kanan beliau itu sangat ikonik di mana beliau menewaskan Pepe Reina dengan penyudah sangat tajam.

Aguero memiliki naluri pemusnah yang sangat hebat. Dan beliau mampu menjangka dan mengukur penjaga gol dengan tepat.

Premier League memberikan penghargaan kepada Aguero dengan memuat naik kompilasi gol beliau ketika bersama Man City.

Kehebatan Aguero membuatkan beliau seringkali dibincangkan dalam topik, sama ada beliau adalah penyerang terbaik sepanjang zaman dalam EPL?

Malah Aguero seringkali dibandingkan dengan legenda seperti Thierry Henry.

Aguero sah tinggalkan City

Penjaring gol sepanjang zaman di Man City, Sergio Aguero akan meninggalkan kelab tersebut pada akhir musim ini.

Kontrak penyerang Argentina berusia 32 tahun itu berakhir pada akhir musim ini dan tiada kesepakatan baharu dicapai di antara kedua dua pihak.

Aguero, yang menyertai City dari Atletico Madrid pada tahun 2011, telah menjaringkan 257 gol dalam 384 penampilan untuk City.

Aguero telah memainkan peranan utama dalam kebangkitan City dalam beberapa musim – era pemilikan Sheikh Mansour di kelab tersebut.

Dan paling ikonik adalah detik menjaringkan gol kemenangan ketika menentang QPR pada tahun 2012 yang merangkul gelaran pertama Liga Perdana Inggeris dalam 44 tahun.

Sejak itu, dia telah membantu City memenangi tiga lagi gelaran Liga Perdana Inggeris, satu Piala FA dan lima Piala Liga.

“Sumbangan Sergio kepada Manchester City selama 10 tahun terakhir tidak dapat dilanjutkan,” kata ketua pengarah Man City, Khaldoon Al Mubarak.

“Kelegendaan beliau akan terpahat dalam ingatan semua orang yang mencintai kelab dan mungkin juga pada mereka yang suka bola sepak.”

Aguero memuat naik ucapan selamat tinggal yang menyentuh perasaan untuk para peminatnya.

“Apabila kitaran ini menuju penghujungnya, banyak detik sensasi muncul.”

“Satu kepuasan dan kebangaaan bagi saya bermain untuk Man City sepanjang 10 musim penuh, perkara yang luar biasa bagi pemain profesional pada hari dan zaman ini.”

“Sepuluh musim dengan pencapaian besar, di sampig kejayaan saya menjadi pencetak gol terbanyak dalam sejarah dan menjalin ikatan yang tidak dapat dihancurkan dengan semua orang yang mencintai kelab  ini –  mereka adalah orang yang akan sentiasa ada di hati saya.”

“Saya menyertai semasa era pembinaan semula tahun 2011, dan dengan bimbingan pemilik dan sumbangan ramai pemain lain, kita berjaya menempatkan diri di tempat di antara yang terhebat di dunia.”

“Tugas untuk mengekalkan kedudukan istimewa ini selayaknya akan dipikul oleh orang lain.

“Bagi saya, saya akan terus berusaha semaksimum mungkin untuk memenangi lebih banyak gelaran dan membawa lebih banyak kegembiraan kepada peminat.”

“Kemudian, tahap baru dengan cabaran baru akan bermula, dan saya sepenuhnya sudah siap sedia menghadapinya dengan semangat dan profesionalisme yang sama yang selalu saya dedikasikan untuk terus bersaing di level tertinggi.”

Spekulasi masa depan Aguero sudah menjadi subjek utama dalam beberapa musim ini. Pep Guardiola sebelum ini menyatakan bahawa rundingan dengan Aguero menjadi rumit kerana kelab perlu menghormati beliau sebagai pemain berstatus legenda.

Guardiola sudah membayangkan bahawa pemain itu bakal meninggalkan kelab dan mencari cabaran baharu. Beberapa kelab sudah dikaitkan dengan Aguero termasuk Inter Milan dan Barcelona.

Dengan itu marilah kita ulang kembali detik AguerOOoOOooO:

Baca yang lain

Cassano Anggap Leao Perasan Bagus

Antonio Cassano sekali lagi membuat kenyataan kontroversi, kali ini dia mensasarkan kepada Rafael Leao. Dia melabel pemain Milan itu sebagai pemain yang