Pelumba trek negara, Datuk Azizulhasni Awang telah tampil memberikan komen tentang penyingkirannya daripada acara keirin peringkat 1/8 Sukan Olimpik Paris 2024.
Impian Datuk Azizulhasni untuk memenangi emas Sukan Olimpik berkecai setelah dia melakukan kesilapan teknikal, berada di hadapan derny sebelum derny keluar daripada trek sepenuhnya.
Beliau dan jurulatihnya, John Beasley membuat rayuan tentang penyingkiran tersebut namun tidak diterima oleh komisar perlumbaan.
Akhirnya, kem Malaysia terpaksa akur bahawa Datuk Azizulhasni disingkirkan pada saringan awal untuk acara keirin yang merupakan acara kegemarannya.
Datuk Azizulhasni berkata, perancangan awal adalah untuk terus berada di hadapan. Datuk Azizulhasni menulis:
“Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Hasil perbincangan bersama jurulatih John Beasley, perancangan terbaik adalah untuk terus ke hadapan dan cuba mendapatkan posisi paling hadapan seawal mungkin.
Khabar buruk untuk pelumba negara, Dato' Azizulhasni Awang
DSQ di pusingan pertama acara Keirin.
Masih menunggu status kelayakan dalam perlumbaan Keirin.#GoForGold #SokongMalaysia #Paris2024 #KitaSemuaTeamMas pic.twitter.com/Yr8pUhP2F9
— ASTRO ARENA (@ASTROARENA) August 10, 2024
“Ini adalah kerana ada beberapa pelumba front runner (senko) berada di hadapan. Jika pelumba hadapan terus memecut awal, ianya akan meletakkan saya di situasi sukar untuk bergerak ke hadapan pada kelajuan tinggi berdasarkan beberapa pelumba yang berada di hadapan saya.
“Akan ada possibility blocking dan gapping dari beberapa pelumba hadapan jika saya menggunakan taktik menunggu. Jadi saya harus memilih taktik terbaik untuk meningkatkan possibility untuk menang, dan bergerak awal ini juga saya ada lakukan ketika pusingan awal di Olimpik Tokyo dahulu.
“Perancangannya adalah untuk bergerak ke hadapan dan berada di sebelah luar pelumba pertama atau kedua dan selepas pacer keluar saya akan terus memecut untuk merebut kedudukan posisi paling hadapan (pertama).”
Kemudian Datuk Azizulhasni menjelaskan bahawa tiba tiba pelumba dari Perancis menghimpitnya dengan sengaja dan secara agresif berdasarkan gaya pelumba tersebut.
Di mana Azizuhasni hampir terjatuh setelah dilanggar, tetapi skil dan kemahirannya mengendalikan basikal tersebut telah membantunya mengelak kemalangan.
Oleh kerana himpitan inilah yang membuatkan Datuk Azizulhasni keluar daripada situasi tersebut dan terus bergerak ke hadapan.
Beliau menjelaskan lagi: “Namun ketika melepas selekoh ketiga dan sebelum memasuki selekoh keempat, saya dihalang dengan himpitan dari pelumba France.
“Himpitan itu terlalu aggressive dan bagi saya ianya adalah intentionally aggressive kerana melanggar saya (boleh rujuk gambar) dan saya hampir terjatuh. Saya terselamat daripada jatuh kerana quick reaction dan good handling skill yang saya ada.
Care to explain why france rider dont get the same fate and disqualified same as Malaysian Rider? Eventhough Rayan Helal intentionaly push Azizulhasni awang out of the blue line.
Or because he from the host nation.
Disgrace decision by @Olympics @UCI_Track official. pic.twitter.com/B3DYQAUCDY
— Mohd Dez (@Mohddez) August 11, 2024
“Tidak cukup dengan itu beliau masih mengekori rapat di sebelah dan masih cuba memberikan himpitan kedua dan di dalam keadaan seperti itu reaksi saya adalah bergerak ke hadapan untuk mengelak dari beliau.”
Kemudian keadaan menjadi serba tak kena apabila, pacer atau derny perlumbaan menurutnya tidak memecut motosikalnya, beberapa meter sebelum keluar dari trek. Dan Datuk Azizulhasni terperangkap dalam keadaan tersebut dan akhirnya melanggar peraturan teknikal.
Datuk Azizulhasni menyatakan: “Sebagai seorang pelumba Keirin yang elite, kita tahu speed atau kelajuan untuk pacer sebelum keluar. Biasanya di lap terakhir pacer akan memecut keluar selepas melepasi selekoh empat dari kelajuan 50-55kmh. Akan tetapi pada perlumbaan saya tadi pacer bergerak lebih perlahan berbanding speed sebenarnya dan tidak memecut keluar selepas selekoh empat.
“Saya yang tengah bergolak dengan pelumba France itu perasan pacer masih belum memecut keluar, terkejut, dan cuba back pedal sebagai cara untuk breaking akan tetapi malangnya tak sempat untuk memperlahankan kelajuan seperti yang diinginkan.”
“Berdasarkan peraturan perlumbaan, tayar belakang pelumba tidak boleh memotong sebelum keluar daripada garisan pecutan iaitu garisan halus di tengah front stretch, bukan garisan permulaan.
“Adakah tayar belakang saya memotong pacer sebelum pacer keluar? Jawapan saya adalah Ya! Namun ianya tidak disengajakan dan disebabkan oleh dua keadaan, pertamanya kerana hadangan dan himpitan berterusan oleh pelumba Perancis, dan keduanya kerana pacer bergerak pada kelajuan 40-45 km, dan tidak pada kelajuan sepatutnya, serta tidak memecut keluar seperti kebiasaan.”
Azizulhasni menyatakan pasukannya telah membuat rayuan namun tidak dilayan. Beliau juga menambah, sebelum ini ada pelumba yang melakukan kesalahan secara tidak sengaja, melibatkan pelumba Britain dan Jepun dan kemudian beliau merujuk kepada kes di Olimpik Rio 2014, di mana dua kali perlumbaan diarahkan ‘restart’ kerana ada pelumba mendahului pacer, tanpa seorang pun pelumba disingkirkan.
Berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul.
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Saya percaya ramai yang tertunggu-tunggu penjelasan apakah yang berlaku di dalam pusingan pertama acara Keirin saya semalam. Saya cuba ringkaskan seboleh mungkin. pic.twitter.com/bcl8xsNnSN
— Azizulhasni Awang (@AzizulAWANG) August 10, 2024
“Sukan lumba basikal trek memang keputusan mutlak di tangan panel komisar, walaupun satu ketika dahulu, jurulatih dan pasukan boleh membawa hujah dan video untuk disemak semula, tetapi sampai satu ketika segalanya diubah sepenuhnya.”