Datuk Lee Chong Wei Diabadikan Di Madame Tussauds Hong Kong

Legenda badminton Malaysia dan dunia, Datuk Lee Chong Wei mengesahkan patung lilinnya yang bakal dipamerkan di Madame Tussauds Hong Kong.

Patung tersebut tanda penghargaan kepada pencapaian beliau dalam sukan badminton. Dan patung itu akan menampakkan figura Datuk Lee Chong Wei memakai baju ketika beraksi di Sukan Olimpik Rio, pada tahun 2016.

Datuk Lee Chong Wei mengesahkan bahawa patung lilin beliau itu sedang dalam proses pembuatan.

“Ini adalah ketika Madame Tussauds Hong Kong sedang membuat klon patung lilin saya. Jadi saya ingin memberi sedikit gambaran kepada anda semua.”

“Patung lilin saya itu nanti akan mengenakan jersi yang saya pakai ketika beraksi di Sukan Olimpik Rio 2016.

“Ianya sangat bermakna bagi saya. Saya gembira kerana ia akan diabadikan di Madame Tussauds Hong Kong. [Pingat] Perak ketiga dan terakhir saya,

Sebelum itu, beliau memuat naik video khas dengan menyatakan: “Ramai yang tertanya-tanya tentang sesi yang saya buat sebelum ini dengan dengan pasukan Madame Tussauds Hong Kong – daripada gambar yang saya terbitkan beberapa hari lalu.”

“Sesi sitting Ini memakan masa 6 jam, dan jujur saya katakan, saya tak rasa ia tempoh yang lama. Korang boleh tengok video di bawah ini dan terus nantikan lebih banyak kemaskini.”

Datuk Lee Chong Wei sudah rasmi menggantung raket beliau. Dan beliau adalah legenda badminton yang akan diingati selamanya.

Legenda!

Baca yang lain