Dave Save! De Gea Melakukan Save Kemenangan Masa Kecederaan

David De Gea terus menunjukkan aksi cemerlangnya bersama Fiorentina walaupun pada permulaan dia agak goyah musim ini.

De Gea menyertai Fiorentina sebagai ejen bebas selepas dia tiada kelab selama semusim setelah Man United memutuskan untuk tidak melanjutkan kontraknya, kerana sudah mendapatkan Andre Onana.

De Gea semalam  telah melakukan penyelamatan kemenangan yang menyelamatkan 3 mata Fiorentina dalam kunjungan mereka ke Genoa.

De Gea melayangkan badannya untuk menafikan percubaan tepat lawan pada masa kecederaan lewat separuh masa kedua.

Bintang Fiorentina, Robin Gossen menjaringkan gol tunggal perlawanan minit ke-72, yang tidak dapat dibalas lawan. Kedua dua pasukan memiliki perlawanan yang menghiburkan.

Di mana Geno melakukan 14 percubaan dan Fiorentina dengan 12 percubaan. Tetapi Fiorentina lebih berhak menang kerana secara keseluruhannya tampil lebih dominan.

Kemenangan ini melonjakkan Fiorentina ke tangga ke-4 dalam Serie A selepas 10 perlawanan. Berkongsi mata dengan Atalanta yang berada di tangga ketiga.

Fiorentina hanya dibezakan 6 mata daripada pendahulu Napoli. Fiorentina hanya kalah sekali sahaja setakat ini musim ini dalam Serie A.

De Gea ternyata menjadi pemain yang dianggap ‘jackpot’ oleh peminat Fiorentina. Kerana mereka tidak membelanjakan sebarang wang perpindahan untuk bekas penjaga gol utama Sepanyol itu.

Atau mungkin selepas ini De Gea akan kembali semula ke pangkuan pasukan kebangsaan Sepanyol, La Roja, Siapa tahu kan?