David Coote Digantung Tugasan Selepas Video Dia Terbuka Cakap Benci Liverpool

Pengadil berprofil tinggi Liga Perdana Inggeris, David Coote telah digantung kerja selepas rakaman video muncul mengenai dia menggelar Jürgen Klopp sebagai “kemaluan wanita dari Jerman” dan Liverpool “sh*t”.

Dalam klip yang tular di media sosial pada hari Isnin, di mana seorang lelaki dipercayai David Coote mendakwa bahawa Klopp “angkuh” selepas pengurus itu menuduhnya berbohong selepas keputusan seri 1-1 antara Liverpool dan Burnley semasa Projek Restart pada 2020.

Coote bertugas dalam kemenangan 2-0 Liverpool menentang Aston Villa pada hari Sabtu. Di mana dia turut tidak menunjukkan isyarat foul atau advantage ketika Mo Salah dijaatuhkan pemain Aston Villa sebelum gol Darwin Nunez.

Professional Game Match Officials Ltd (PGMOL) berkata: “David Coote telah digantung berkuat kuasa serta-merta sementara menunggu siasatan penuh. PGMOL tidak akan membuat ulasan lanjut sehingga proses itu selesai.”

Video itu kelihatan bertarikh dari musim 2020/21. Coote ditanya oleh seorang lelaki mengenai pendapatnya tentang Klopp, pengurus Liverpool ketika itu, dan berkata: “Selain daripada muncul depan saya apabila saya mengadili aksi mereka lawan Burnley dalam aksi pada perintah berkurung, kemudian dia menuduh saya berbohong dan tiba tiba muncul di hadapan saya.

“Saya tidak berminat untuk bercakap dengan seseorang yang angkuh. Jadi saya sedaya upaya untuk tidak bercakap dengannya. Ya Tuhanku, dia adalah kemaluan dari Jerman, tak kuasa betul saya.”

Kenyataan menghina Liverpool merujuk kepada prestasi pasukan itu dalam satu perlawanan, di mana Coote telah menjadi pegawai keempat.

Rakannya merakam perbualan dengan telefonnya di ruang duduk di ruang rehat. Dia berkata: “Dipendekkan cerita: Jürgen Klopp adalah  kemaluan wanita, Liverpool adalah sial dan kami benci dengan scousers.”

Coote dan rakannya dilihat melanggar peraturan Covid pada masa itu dengan duduk hampir bahu-membahu, Coote berkata dengan sinis: “Kami selang dua meter.”

Dalam video berasingan, Coote nampaknya meminta mereka yang berada di situ untuk tidak berkongsi rakaman asal. “Nak jelaskan keadaan, video terakhir itu tidak boleh ditunjukkan di mana mana pun, ini serius ya,” katanya.

Lelaki yang lain berkata: “Dia pengadil Liga Perdana Inggeris, janganlah kita merosakkan kerjaya mamat ni. Kami taklah begitu teruk.”

David Coote menjadi pengadil dan pegawai perlawanan melibatkan Liverpool. Ini termasuk bertugas menjadi pengadil VAR ketika cabaran penjaga gol Everton, Jordan Pickford terhadap Virgil van Dijk yang menyebabkan pemain pertahanan Liverpool itu mengalami kecederaan ACL – namun Pickford langsung tak dikenakan tindakan.

Coote juga menimbulkan kemarahan Klopp sebagai VAR untuk keputusan seri 1-1 antara Liverpool dan Arsenal Disember lalu selepas handball jelas di dalam kotak oleh Martin Ødegaard tidak memberikan penalti kepada Liverpool.

Howard Webb, ketua pengadil PGMOL, kemudian berkata ia sepatutnya sepakan penalti untuk Liverpool.