David Moyes: “Ramai Pengurus EPL Nak Guardiola Blah”

David Moyes melabel Pep Guardiola sebagai antara pengurus paling sukar untuk ditentang di dalam kariernya, jika pun bukan yang paling sukar.

Bekas pengendali Manchester United itu turut mendedahkan bahawa di EPL, ramai pengurus yang mahu tengok Guardiola berambus.

Ini kerana selagi lagi dia berada di Man City, selagi itu dia akan menutup peluang pengurus lain untuk bergelar juara.

Moyes menamatkan tugasannya bersama West Ham dengan kekalahan 3-1 di tangan Man City. Perlawanan yang menentukan kejuaraan liga di antara Man City dan Arsenal.

Manchester City rasminya menjadi juara Liga Perdana Inggeris, mengatasi Arsenal pada hari terakhir. Dengan kedua dua pasukan menang pada hari terakhir Liga Perdana Inggeris.

Skuad Mikel Arteta sekali lagi menamatkan musim sebagai naib juara Liga Perdana Inggeris. Dengan jelas sekali skuad Arsenal lebih kuat musim ini dan akan menjadi lebih kuat musim hadapan.

Moyes akan rasminya meninggalkan West Ham United setelah tidak kelab itu memutuskan untuk tidak menyambung khidmatnya lagi.

West Ham malah turut dilaporkan sudah mendapat pengganti Moyes iaitu Julen Lopetegui.

Dalam sidang medianya yang terakhir untuk West Ham, Moyes berkata: “Pep Guardiola adalah antara pengurus terbaik yang pernah saya tentang, jika bukan terbaik di kalangan mereka.

“Dia melakukan tugasnya dengan sangat baik di Liga Perdana Inggeris dan mengubah bola sepak dengan banyak cara.

“Ada banyak perbincangan tentang ramai yang sedih Klopp meninggalkan EPL.

“Namun, ramai yang suka melihat Pep angkat kaki. Lagi cepat dia blah, lagi sukalah pengurus lain mendengarnya.”

David Moyes sebelum ini diberikan penghargaan oleh peminat West Ham di Stadium Olimpik. Mengenang jasanya membantu kelab itu menjuarai Liga Persidangan Eropah musim lalu.

Moyes ketika menerima penghargaan dari puluhan ribu peminat di stadium, menyatakan dia terharu dengan sokongan tersebut.

Pep Guardiola menjadi pengurus pertama yang memenangi EPL sebanyak 4 kali berturut turut.

Guardiola masih ada satu lagi misi iaitu final Piala FA menentang Manchester United yang akan menjadi peluang untuk mereka menamatkan musim dengan kejuaraan berganda.