Alphonso Davies dilaporkan telah menandatangani kontrak lanjutan dengan Bayern Munich sehingga 2030. Sekaligus membuat u turn dariapda menyertai Real Madrid secara percuma.
Sebelum ini pemain itu dikatakan setuju untuk datang ke Madrid secara percuma dan menjadi bek kanan baharu kelab itu.
Real Madrid malah merancang untuk menggandingkannya bersama Trent Alexander Arnold yang dijangka akan datang ke kelab itu secara percuma selepas tamat musim ini.
Davies sebelum ini pernah dibida oleh Real Madrid dengan nilai sekitar €15 juta untuk Davies, namun Bayern menyatakan pemain itu sekurang kurangnya €30 juta.
Real Madrid menyatakan bahawa mereka tidak akan menuruti permintaan Bayern dan yakin pemain itu akan datang secara percuma.
Kem Bayern merasakan bidaan harga rendah dibuat Madrid itu cuma taktik sama yang mereka buat ketika cuba mendapatkan David Alaba secara percuma.
🚨💣 Real Madrid are OPTIMISTIC about signing Davies for free next year. The player has signaled that he wants to join Madrid. @JorgeCPicon @relevo pic.twitter.com/88vsBW9dj1
— Madrid Zone (@theMadridZone) August 5, 2024
Mereka akan menghantar bidaan untuk memberikan isyarat kepada pemain tersebut bahawa kelab benar benar serius mahukan mereka. Maka David Alaba ketika itu memutuskan untuk tidak melanjutkan kontrak untuk datang ke Real Madrid secara percuma.
Real Madrid sebelum ini tidak menandantangani bek kiri baharu kerana mereka mengosongkannya untuk Davies. David Alaba yang boleh bermain di pelbagai posisi kerap dimainkan di peranan tersebut namun pemain itu berdepan dengan isu kecergasan dan kecederaan.
Davies, 24, menyertai Bayern pada 2018 dari Vancouver Whitecaps, segera menjadi bintang utama kelab kerana skil dan kepantasannya. Dia malah pernah menjadi bek kiri terbaik di dunia. Sebelum dia bergelut dengan masalah kecederaan.
Davies kemudian dikaitkan dengan perpindahan keluar dari Bayern sejak beberapa tahun lalu. Ini selepas dia menolak beberapa siri tawaran kontrak baharu kepadanya.
Bro !!! He really took the piss here. Gotta respect that.
This action and his post on IG pretty much confirms me one thing that he never wanted to leave Bayern it was just his agent actively trying to get him to Madrid. Glad Davies didn't go his way
pic.twitter.com/Y1dJl7lWhd https://t.co/zLTKDPIaNu
— HSN 🇵🇸 (@Scoretxka) February 4, 2025
Proses itu benar benar lama untuk mereka mencapai kesepakatan. Davies menyatakan dia berpuas hati dapat terus kekal di Bayern Munich.
“Kami gembira Alphonso Davies terus kekal bermain untuk kita. Phonzy telah bermainn di Bayern sejak berusia 18 tahun lagi dan dia membangun dengan sangat baik,” tegas Pengarah Sukan Bayern, Max Eberl.
“Dia adalah pemain penting untuk generasi seterusnya Bayern dan kini dia akan lebih bertanggungjawab di dalam pasukan,” tambah kenyataan itu lagi.
Davies juga menunjukkan semangatnya untuk terus berada di kelab itu. “Saya sangat gembira untuk memperbaharui kontrak saya dengan pasukan yang hebat ini,” kata pemain itu, yang teringat akan hari-hari awalnya di Bayern ketika matlamatnya adalah untuk belajar setiap hari untuk menjadi salah satu pertahanan sisi yang terbaik di posisinya.
“Sekarang saya tak sabar dengan lima tahun lagi di sini. Saya telah mencapai banyak perkara, tetapi lebih banyak lagi yang akan datang,” tambahnya.
|
Dengan 220 perlawanan yang dimainkan untuk Bayern, Davies telah memenangi lima gelaran Bundesliga, dua Piala Jerman, dan satu Liga Juara-Juara Eropah, membuktikan kualiti dan sumbangannya kepada kejayaan pasukan. Walaupun kontraknya akan tamat pada akhir musim ini, pembaharuan itu telah menjadi salah satu keutamaan utama kelab, terutamanya di tengah-tengah khabar angin minat daripada pasukan seperti Real Madrid.
🚨 Alphonso Davies has released a diss track on how he rejected Real Madrid pic.twitter.com/1qV5R5gNlZ
— L.Prince (Parody) 👑 (@LeroyPrince77) February 4, 2025
Pembaharuan Davies menamatkan spekulasi mengenai masa depannya dan menjelaskan bahawa Bayern masih bergantung kepada bintang muda mereka itu. Seterusnya Bayern akan fokus kepada kontrak amal Musiala dan Joshua Kimmich.