Kevin De Bruyne nampaknya bukan pemain yang berminat dengan statistik melibatkan ketepatan hantaran. Menurutnya, statistik itu adalah tidak berguna dan kerap mengaburi peminat tentang kualiti hantaran.
Menurut De Bruyne lagi dia boleh sahaja mencatatkan 96% ketepatan hantaran tanpa berbuat apa apa di atas padang, tanpa melakukan hantaran bahaya / killer pass yang membantu mencipta peluang kepada penyerang.
Bercakap kepada wartawan, playmaker Man City itu berkata: “Saya rasa hantaran tepat adalah statistik paling tak berguna yang wujud dalam bola sepak.
“Saya boleh merekodkan 96% hantaran tepat hanya dengan bermain hantara ke tepi dan ke belakang tanpa perlu melakukan hantaran bahaya sepanjang perlawanan.
“Ini yang saya maksudkan, saya tak menyumbang apa apa sebenarnya dalam perlawanan tersebut. Apa gunanya?”
Kevin De Bruyne on pass completion and he’s completely right pic.twitter.com/ntqcxL3MOn
— 17 (@DxBruyneSZN) July 9, 2024
Kevin De Bruyne sebelum ini dilaporkan meminta untuk dijual ke Liga Saudi. Namun sehingga kini Man City masih tidak berminat untuk melepaskan pemain itu. De Bruyne dengan terbuka menyatakan bahawa dia berminat untuk ke Arab Saudi yang menawarkan gaji sangat lumayan.
“Ada tawaran gaji setahun sama dengan kerja keras saya selama 15 tahun di eropah, kenapa tidak,” kata De Bruyne yang dikatakan menjadi sasaran utama Liga Saudi. Di mana CEO Liga Pro Saudi ketika ini adalah Emenalo, yang pernah membawa masuk dia ke Chelsea pada satu ketika dahulu.
De Bruyne merupakan legenda hidup di Manchester City. Dia turut bersama dengan pasukan itu ketika mereka menamatkan musim sebagai juara Treble. Sekaligus menjadi antara pemain paling berjaya dalam sejarah bola sepak England dan juga Eropah.
Musim ini De Bruyne dan Man City sekali lagi berusaha untuk mempertahankan kejuaraan liga milik mereka. Pep Guardiola ketika ini masih berusaha untuk membawa masuk pemain seperti Gundogan untuk memperkuatkan bahagian tengah Man City. City memulakan musim ini dengan nota positif. Apabila mereka menang 2-0 ke atas Chelsea dalam perlawanan pembukaan Liga Perdana Inggeris musim 2024/25.
Man City masih lagi pasukan pilihan untuk menjuarai Liga Perdana Inggeris musim ini. Dengan Guardiola turut sedar akan persaingan daripada Arsenal, Man United dan beberapa kelab lain lagi yang kelihatan bertambah kuat.