De Bruyne Dedah Guardiola Sendiri Selalu Keliru Siapa Yang Dia Mahu Turunkan

Bagi pengurus Liga Fantasi / FPL, pastinya ramai yang seringkali bengan dengan Pep Guardiola. Ini kerana pengurus itu terkenal dengan pertukaran kesebelasan utamanya setiap perlawanan.

Hujah itu dikuatkan lagi oleh kenyataan terbaru Kevin De Bruyne dalam satu siaran podcast, MidMid.

Menurut De Bruyne, Pep Guardiola sendiri pun seringkali terlupa siapa yang dia mahu turunkan pada perlawanan berikutnya, kerana senarai yang sentiasa dirombak dan diubah.

De Bruyne berkata: “Biasanya kami ada satu perjumpaan pasukan sebelum sepak mula perlawanan. Kemudian Pep akan berkata: ‘Ayuh kita lakukan ini dan ini, buat macam tu, jom’!”

De Bruyne seterusnya berkata, mereka biasanya akan bertanya, siapa yang akan bermain. Namun Guardiola selamber menyatakan dia terlupa, walaupun aksi tinggal beberapa jam lagi.

“Dan kami bertanya: ‘Hey Pep, siapa yang akan main?’ Dia sendiri pun kadangkala terlupa siapa yang dia rancang untuk turunkan.”

“Bagi dia, kemenangan itu memang penting. Tetapi yang lebih penting adalah falsafah permainan.”

Dalam podcast yang sama, De Bruyne menceritakan bahawa Guardiola hanya mengendalikan latihan 10 minit sebelum aksi bertemu Man United. Ini kerana Guardiola tidak tahu taktikal macamana yang bakal dipamerkan oleh skuad Man United di bawah Ole Gunnar Solskjaer.

10 minit je berlatih sebab Guardiola jadi bingung

De Bruyne berkata “Sehari sebelum perlawanan, kami biasanya akan berlatih secara taktikal, berasaskan bagaimana corak permainan lawan kami.”

“Menjelang aksi berdepan Man United, Pep berkata: ‘Aku pun tak tau macamana United akan bermain, kita tengok lah nanti’. Dan kami semua berhenti berlatih hanya selepas 10 minit macam tu.”

“Selalunya, Pep tahu bagaiman corak permainan pasukan lawan. Namun kali ini, dia tak tahu apa yang harus dilakukan. Kita selalunya melakukan [latihan taktika] dengan informasi yang lengkap daripada kejurulatihan.”

“Malangnya hari itu, Pep buntu. Kami pun tak tahu sama ada mereka akan bermain dengan 5 pertahanan pada hari perlawanan. Dengan rantaian berempat, pakai diamond midfield, sama ada mereka akan pakai serangan 3 serangkai. Semuanya kami tak pasti.”

Pep Guardiola dikenali sebagai pengurus yang sangat cerewet soal taktikal. Beliau pernah mengeluarkan Thierry Henry walaupun menjaringkan gol. Ini kerana pemain itu menukar posisinya di atas padang.

Henry: Saya dikeluarkan walaupun skor

Thierry Henry memberitahu Sky Sports, Pep Guardiola seorang pengurus yang sangat cerewet mahukan para pemainnya kekal di posisi masing-masing.

Dalam satu perlawanan menentang Sporting Lisbon, Henry telah meninggalkan posisi sayap kiri dengan beralih ke sayap kanan.

Jika di Arsenal, itu bukanlah satu masalah bagi Henry. Kerana belum memang diberikan kebebasan yang sangat tinggi oleh Arsene Wenger.

Pep Guardiola kemudian mengeluarkan Henry pada separuh masa kerana pemain itu ingkar arahan taktikal dan menjaringkan gol dari kedudukan dia tidak sepatutnya berada.

Henry berkata: “Pep Guardiola ada perancangan taktikal dia tersendiri. Jika kamu sedikit ingkar arahan itu, tak ikut apa yang dia suruh buat, maka kamu dalam masalah.”

Guardiola sangat strict ketika itu tentang posisi kerana beliau masih dalam proses membentuk pasukan.

Henry menambah: “Saya macam diri saya yang biasa.”

“Saya pergi ke sayap kanan untuk bermain bergandingan dengan Leo Messi. Dan dari dalam padang saya dapat mendengar dia [Guardiola] agak marah.”

“Saya tidak berada di kawasan dekat tempat duduk teknikal, jadi saya tidak pedulikan sangat dia marah.”

“Kamu tahu, saya hari itu menjaringkan gol berdepan Sporting Lisbon pada separuh masa pertama. Semuanya nampak baik baik sahaja.”

“Dan malangnya dia mengeluarkan saya pada separuh masa kedua.”

“Saya kehairanan, apa salah saya?”

“Pep mirip dengan Louis Van Gaal. Apabila dia sudah merancang sesuatu, sila hormati plan itu.”

“Dia mengatakan kepada kami pada kali pertama dia mengambil pasukan, ‘tugas saya adalah [menyediakan taktikal] membawa anda hingga final third dan tugas selebihnya adalah untuk anda selesaikannya’.

“Dalam latihan, untuk membuat kamu memahami bahawa, terutama untuk Xavi dan Iniesta, dia akan meletakkan kon sehingga final third.”

“Pemain yang bermain di sebelah kanan tidak dibenarkan menyeberang ke kiri tidak, dan di sebelah kiri anda tidak dibenarkan menyeberang ke kanan.”

“Tetapi zon final third adalah kebebasan bagi kami.”