Ole Gunnar Solskjaer merupakan pengurus yang paling banyak menerima kritikan ketika ini kerana pendekatan taktikal dan falsafah bola sepak yang tak jelas.
Pada separuh kedua musim lalu, United sangat cemerlang. Namun malangnya, bukan kerana taktikal yang stabil, sebaliknya kebergantungan kepada kekuatan individu seperti Bruno Fernandes.
Kemudian ada beberapa pemain yang overperform seperti Luke Shaw yang mampu menjelmakan sesuatu ketika Man United buntu.
Rio Ferdinand sendiri baru baru ini dalam podcast beliau menyatakan bahawa beliau sendiri tak nampak apa falsafah bola sepak United di bawah Ole. Sedangkan sudah 3 musim pengurus tersebut mengendalikan United.
Dalam siaran terbaru episod Vibe With Five Podcast, Ferdinand berkata: “Aku tengok kat team kita tiap tiap minggu. Nak tahu apa yang mereka akan lakukan.”
“Malangnya, aku masih tak nampak apa pun, mana falsafah, mana identiti gaya United bermain. Semua itu bermula daripada pengurusa.”
“Aku sekarang ni duduk kat sini sambil penuh kekeliruan.”
Rio Ferdinand has questioned Ole Gunnar Solskjaer's future as Manchester United manager.
He has called for the "baton to be handed over"…#bbcfootball
— BBC Sport (@BBCSport) November 9, 2021
Seterusnya, Ferdinand menyatakan, dia sama seperti peminat Man United yang lain, sangat teruja dan penuh keyakinan bahawa United akan benar benar bangkit, ketika melihat urusan di jendela perpindahan.
“Bila korang tengok apa yang berlaku dalam jendela perpindahan, kita semua duduk di sini teruja nak mampos.”
“Aku imbas balik pandangan aku dulu. Ole masa tu dibawa masuk, aku rasa, dia berjaya meyakinkan kita bahawa dia mampu membawa kita bangkit semua.”
“Detik di mana kitorang semua rasa dia telah membina semula asas ke dalam pasukan ini. Pada awa musim ini, kita semua melihat keadaan dengan berkata: Yes! Macam tu la,” kata Ferdinand merujuk kepada kejayaan United meyakinkan Cavani terus kekal, kemudian mendapatkan Jadon Sancho, diikuti Varane, dan paling gila adalah kejayaan membawa pulang Cristiano Ronaldo.
Ferdinand kemudian mengakui sebenarnya dia ada perasaan kurang yakin dengan kemampuan Ole.
“Tapi jauh di sudut hati, aku selalu skeptikal sikit tentang kemampuan dia untuk membawa kita kembali menjuarai liga. Aku tak pasti dan tak yakin sekarang ni, namun aku harap dia akan berjaya melakukannya.”
“Tapi, apa yang aku lihat musim ini, persembahan pasukan kita, aku cuba rasa, mungkin, sekarang ini adalah masa terbaik untuk menyerahkan baton kepada orang lain yang mampu membawa kita naik semula.”
“Aku berpendapat, Ole boleh meninggalkan kita dengan rasa bangga. Dari mana dia membawa kita, pada awal musim ini, segalanya positif.”
I believe if Ole leaves Manchester United now, he walks away with his head held high… we discuss in depth today!
Thoughts?
🔗 https://t.co/GB1QSAaLsI#VibeWithFive#MUFC pic.twitter.com/cwQvFSGuA9
— Rio Ferdinand (@rioferdy5) November 8, 2021
Pengakuan Kevin De Bruyne
Kevin De Bruyne baru baru ini mendedahkan bahawa Pep Guardiola terpaksa menamatkan latihan taktikal awal sebelum aksi berdepan United.
Ini kerana Guardiola sendiri tidak tahu apakah taktikal dan focal taktikal utama Man United. Walaupun mereka ada Ronaldo sekalipun, Guardiola tak rasa bahawa sistem Ole berpaksikan Ronaldo pada masa ini.
Ole masih mencari formula untuk membentuk permainan yang stabil dan konsisten berasaskan Ronaldo. Namun Guardiola sendiri mengakui, Ronaldo main dalam mana mana sistem pun dia akan skor gol walaupun sehingga usianya 75 tahun sekalipun.
Kerana pemain itu memiliki naluri pembunuh di hadapan gol yang kuat jika dia menerima bola.
Itu yang berlaku ketika United berhadapan dengan Atalanta dalam dua perlawanan UCL sebelum ini. Paul Scholes sendiri pada masa itu tidak nampak taktikal Ole berkesan. Sebaliknya lebih kepada beruntung kerana menentang Atalanta yang kehilangan ramai pemain.
“Kamu cuba bermain seperti itu [separuh masa pertama] berdepan Liverpool nanti, dan kamu akan ketinggalan 3 atau 4 gol pada separuh masa pertama. Tak ada peluang kamu nak bangkit [seperti menentang Atalanta].”
Dan ya, United benar benar ketinggalan 4 gol dalam aksi berdepan Liverpool. Dan tak mampu bangkit, malah Liverpool menambah 1 lagi gol menjadikan kedudukan 5-0.
Dalam aksi kedua antara United dan Atalanta, sekali lagi Ronaldo menunjukkan magisnya ketika Man United memerlukan. Dan mengikat pasukan itu di Itali dengan kedudukan 2-2 pada masa kecederaan.
Dalam aksi berdepan Man City, pasukan bimbingan Ole bermain dengan back 3 namun lebih kepada back 5 yang defensif. Komen De Bruyne ini benar benar menunjukkan betapa United sebenarnya ada isu kecelaruan taktikal pada ketika ini.
De Bruyne bercakap dalam satu podcast: “Sehari sebelum perlawanan, kami biasanya akan berlatih secara taktikal, berasaskan bagaimana corak permainan lawan kami.”
“Menjelang aksi berdepan Man United, Pep berkata: ‘Aku pun tak tau macamana United akan bermain, kita tengok lah nanti’. Dan kami semua berhenti berlatih hanya selepas 10 minit macam tu.”
“Selalunya, Pep tahu bagaiman corak permainan pasukan lawan. Namun kali ini, dia tak tahu apa yang harus dilakukan. Kita selalunya melakukan [latihan taktika] dengan informasi yang lengkap daripada kejurulatihan.”
“Malangnya hari itu, Pep buntu. Kami pun tak tahu sama ada mereka akan bermain dengan 5 pertahanan pada hari perlawanan. Dengan rantaian berempat, pakai diamond midfield, sama ada mereka akan pakai serangan 3 serangkai. Semuanya kami tak pasti.”
Man United memilki set pemain yang sangat bagus berbanding dengan beberapa pencabar kejuaraan yang lain. Mereka ada pemain seperti Bruno Fernandes serta Pogba di tengah, ada Jadon Sancho. Kemudian memiliki juga pemain seperti Varane dan Ronaldo yang turut baru dibawa masuk untuk menguatkan pasukan mereka.
Jadi, apabila Ole sudah mendapatkan pemain pemain segah itu namanya, tekanan kepada Ole pastinya berbeza. Itu semua kita dah tahu.
Walaupun gagal mendapatkan hasil yang memuaskan dalam beberapa perlawanan, terutama sekali ketika kalah dua aksi derbi besar mereka, Ole tetap diberikan kepercayaan oleh pemilik kelab.
Dan pastinya peminat Man United berharap Ole akan segera menemui formula taktikal beliau dalam masa terdekat ini.
Baca juga: Scholes Kritik Taktikal 3-5-2 Ole: “Wan Bissaka Tak Berguna Bila Jadi Wingback”
Paul Scholes telah melemparkan kritikan pedas ke atas Ole Gunnar Solskjaer selepas kekalahan 0-2 Man United di tangan Man City.
Scholes malah mengingatkan Solskjaer agar bekas rakan sepasukannya itu mulai menunjukkan kemampuan sebenarnya jika dia mahu terus menjadi pengrus United.
Selepas berjaya melepasi cabaran Spurs dan Atalanta sebelum ini, Man United kembali sugul di tangan Man City.
Malah sebelum ini United sebenarnya hanya mampu seri dengan Atalanta, dengan Ronaldo menjadi penyelamat United pada minit akhir.
Ole memutuskan untuk menggunakan formasi 3-5-2 yang sebelum ini dilihat mampu menjadi penyelamat kepada kariernya.
Namun kali ini, United tampil dengan lebih defensif berbanding dua perlawanan sebelum ini.
Sistem Back United tak canti – Scholes
Scholes kemudian mempertikaikan peranan Wan Bissaka sebagai wingback dalam sistem back 3. Di mana pemain itu benar benar tidak memahami secara taktikal peranan tersebut.
Dia kerapkali keliru tentang posisi dan distribusinya sangat teruk.
Scholes tidak menyalahkan Wan Bissakan 100% kerana menurutnya, segalanya bermula dari jurulatih sendiri.
“Keyakinan itu harus bermula dari pengurus itu sendiri, tentang cara kamu nak bermain bola sepak.”
Ole beli pemain tanpa memikirkan sistem?
Seterusnya Scholes mempersoalkan sistem rekrut di bawah Ole. Adakah beliau pakai sebat je pemain yang ada?
“Ole dan berada di sini 3 tahun dah sekarang, dan pasukan kita datang ke sini hari ini tanpa mengetahui apa sebenarnya yang dia cuba lakukan.”
“Ini akan menyukarkan urusan rekrut pemain, kerana jelas kamu tidak membeli pemain berdasarkan sistem kamu. Pep, dia hanya membeli pemain yang sesuai sistemnya.”
“Dia beli Grealish tahun ini, kerana sistem. Dia beli Mahrez dulu untuk sistem dia.”
“Klopp beli Jota, kerana itu seorang lagi penyerang yang sesuai dengan sistemnya. Kita pula terus membeli pemain dan memaksa mereka bermain dalam posisi yang tak jelas.”
“3 tahun dah kamu berada di tepi tu, sepatutnya kamu sudah nampak dah bukti kat padang tentang sistem kamu. Ini akan menjadi rehat 2 minggu yang sangat panjang.”
“Saya rasa kita ada sekumpulan pemain yang bagus. Namun Ole harus meyakinkan semua orang bahawa dia orang yang tepat untuk mencari formasi terbaik untuk pasukan ini.”
“Sudah sudahlah menukar sesuatu tu hanya kerana orang lain. Dia harus meyakinkan semua orang pada masa ini, apa sahaja, saya tak kisah, cuma saya nak dia yakinkan kita semua.”
Bissaka tak berguna langsung bila main wingback
“Saya dah cakap sebelum ni, dia tak ada pemain yang sesuai nak bermain 3-5-2. Wan Bissaka, dia tak berguna langsung bila membawa bola di kakinya, dia pemain pertahanan yang bagus, tetapi dia tak berguna bila ada bola di kakinya ketika menyerang.”
EPL: You’re useless – Paul Scholes slams Man Utd star (Wan Bissaka), criticises Solskjaer formation after defeat to City
Soludo| Taooma | Man Utd |Ikoyi pic.twitter.com/yKTMeVtf70
— TWAA Ng. (@talkwithaa) November 7, 2021
“3 pemain bek tengah hari ni, tak seorang pun bagus dalam ball playing. Ole kena car penyelesaian dan memikirkan jawatannya.”