Kevin De Bruyne benar benar koyak di hadapan wartawan yang berterusan mempersoalkan kredibiliti pasukan generasi emas Belgium,
Belgium disingkirkan oleh Perancis daripada peringkat 16 akhir Euro 2024. Walaupun Perancis tidak berada di tahap terbaik mereka sekalipun.
Ianya melanjutkan lagi badi Belgium dalam pertandingan major. Kevin De Bruyne berdepan dengan wartawan dan mengamuk ketika wartawan menyebut tentang golden generation.
“Apa golden generation?,” respon De Bruyne selepas wartawan bertanya apa dah jadi dengan generasi emas Belgium yang masih tak pernah mara ke final sekalipun dalam pentas Euro ataupun Piala Dunia.
Walaupun generasi emas itu ada De Bruyne, Courtois, Kompany, Lukaku, Vertonghen, Eden Hazard, Alderweireld dan ramai lagi. Walaupun ramai pemain yang dah bersara namun generasi baharu Belgium juga dianggap generasi emas.
“Apa golden generation? Kamu nak kata yang England, Sepanyol dan Jerman itu bukan generasi emas ke? Ok,” tegas kapten Belgium itu.
Ketika meninggalkan bilik media De Bruyne melabel wartawan yang menyebut golden generation sebagai bongok.
🗣️ Journalist: “Why did Belgium's golden generation never win anything?”
🗣️ Kevin De Bruyne: “You say that France, England, Spain and Germany do not have a golden generation?… stupid.” 😳🇧🇪pic.twitter.com/rWlV19NrsH
— Football Tweet ⚽ (@Football__Tweet) July 1, 2024
Wartawan tersebut bernama Tancredi Palmieri. Dia memberikan respon kepada hinaan De Bruyne kepadanya dengan melabel dia bodo.
Tancredi Palmieri berkata: “Haha, De Bruyne baru je panggil saya bodo. Hey Kevin sedikit peringatan buat kamu. Generasi emas yang kamu sebut, melibatkan Perancis, England, Jerman dan Sepanyol semuanya pernah menjejakkan kaki ke final.
“Perangai biasa pemain bola sepak. Mereka mahu dengar soalan yang memuji betapa bagusnya mereka. Anak yang rosak.”
Ahah DeBruyne just called me stupid.
Hey Kevin, little memo for you:
the golden generation you mentioned of France, England, Germany and Spain they ALL REACHED A FINAL!
Usual footballer that wants only question telling him how good they are.
Spoiled brat https://t.co/vuxnu8y9B1
— Tancredi Palmeri (@tancredipalmeri) July 1, 2024
Sebelum ini pemain pemain Belgium diboo peminat sendiri selepas kalah di tangan Slovakia. Ketika itu De Bruyne mengajak kawan kawannya terus masuk ke bilik persalinan tanpa perlu menyantuni penyokong mereka.
Kini mereka disingkirkan oleh Perancis pula. De Bruyne berkata: “Saya dah cuba sebaik mungkin. Ini bukan apa yang kami mahukan. Bahkan kami bukan pasukan pilihan pun sebenarnya. Kami membuatkan diri kami hampa dalam aksi berdepan Slovakia.”
De Bruyne berikrar mahu terus beraksi di pentas antarabangsa walaupun dia akan berusia 35 tahun pada Piala Dunia 2026 di Kanada. Mexico dan AS.