De Bruyne Mahu Penyokong Sedar Diri: “Kita Ni Cuma Belgium Je, Bukan Perancis, Itali Atau Sepanyol”

Belgium sekali lagi tumpas dalam aksi Liga Bangsa Eropah. Kali ini tewas di tangan juara Eropah dalam aksi penentuan tempat ketiga.

Sebelum ini Courtois mengkritik aksi perebutan tempat ketiga ini sebagai tidak berguna langsung.

Dalam aksi separuh akhir, Juara Dunia 2018, Perancis berjaya mengejutkan Belgium dengan aksi memukau separuh masa kedua walaupun ketinggalan 2-0 pada separuh masa pertama.

Perancis menjaringkan 3 gol pada separuh masa kedua dan membuatkan Belgium sekali lagi gigit jari, walaupun sudah beberapa kali menjadi pasukan pilihan dalam kejohanan yang mereka sertai.

Mana tidaknya, generasi emas Belgium ini ranum sejak Euro 2016, dan kemudian Piala Dunia 2018, UNL 2020, diikuti Euro 2020, kesemuanya gagal menang.

Kali ini pun, dalam UNL 2021, mereka gagal menepati harapan peminat mereka.

Courtois agak kecewa kerana menurutnya Belgium adalah pasukan lebih baik dan dominan. Namun Perancis pula yang menang.

Walaupun statistik meninjukkan bahawa 52% bola dikuasai oleh Perancis.

Penjaga gol Real Madrid itu ada pandangan berbeza.

“Kami bermain bagus sekali separuh masa pertama terutama sekali dari segi penguasaan bola.”

“Separuh masa kedua mereka bermain lebih ke atas, dan menekan kami. Kami tak tenang dengan bola kerana pressing itu dan memberikan mereka gol. Ianya agak memalukan.”

“Saya tak nak tengok ulangan gol itu. Namun untuk gol pertama, berdepan dengan pemain pemain seperti mereka, ianya sangat biasa untuk kamu dihukum kerana mereka memiliki pemain berkelas dunia di dalam kotak penalti.”

“Gol kedua, ianya memalukan sebab penalti. Kerana kami tahu, 2-0 tak akan pernah cukup untuk menjamin kemenangan melawan Perancis.”

“Tiada apa yang kami boleh kecewakan sangat, namun aksi Ahad ni berdepan dengan Itali, saya tidak faham langsung. Ianya aksi yang tidak berguna pun, tidak ada makna.”

“Menjadi no.3 dalam UNL ni adalah benda yang tak ada maknanya. Tak tahulah kenapa kami harus bermain perlawanan seperti ini.”

Dalam aksi penentuan tempat ketiga, Belgium kalah 2-1 di tangan Itali. Bintang tengah Belgium, Kevin De Bruyne menyatakan bahawa peminat mereka harus sedar bahawa mereka hanyalah Belgium, walaupun ramai menganggap mereka adalah pasukan generasi emas. Pasukan yang berada di ranking tertinggi FIFA.

Dalam aksi di Stadium Allianz, Belgium dibolosi dua gol dari Nicolo Barella dan Domenico Berardi (penalti).

Charles De Ketelaere menjaringkan gol lewat perlawanan yang hanya sebagai saguhati.

Dalam perlawanan itu, Belgium beraksi tanpa Romelu Lukaku dan Eden Hazard. Namun, De Bruyne menegaskan pasukan lawan mempunyai skuad yang lebih baik daripada Belgium dari segi kualiti depth.

Lantas De Bruyne mengingatkan bahawa, mereka hanyalah Belgium dan bukannya Itali, Sepanyol ataupun Perancis.

Kerana akhirnya, pemain simpanan juga akan memainkan peranan penting apabila pemain utama tidak dapat beraksi. Belgium pula terlalu sukar mencari kualiti yang hampir dengan pemain seperti Hazard dan Lukaku. Sedangkan lawan mereka yang lain memiliki ketebalan depth yang lebih baik.

“Kami tampil baik ketika menentang beberapa pasukan teratas dan ramai wajah baru tampil lebih baik daripada sekadar hari ini,” kata De Bruyne kepada HNL.

“Ini adalah pengalaman yang baik untuk mereka berhadapan dengan lawan yang berkaliber ini, tetapi memalukan kami tewas dua kali.”

“Dengan penuh rasa hormat, kami bermain menentang Estonia, ianya bukanlah perkara yang sama dan cabaran seperti ini diperlukan untuk kami terus meningkatkan prestasi, baik secara individu dan individu. Serta sebagai satu pasukan. ”

“Dengan rasa hormat saya menyatakan, kami hanya ‘Belgium’. Ini adalah generasi baru, kami kehilangan Romelu Lukaku dan Eden Hazard hari ini.”

“Oleh itu, kami harus realistik mengenai pasukan yang kami miliki. Itali, Perancis dan Sepanyol mempunyai 22 pemain berkelas dunia untuk dipilih dan kami tidak memilikinya, “kata De Bruyne.

Baca yang lain

Ten Hag Kritik Pressing Sebelah Kiri

Erik Ten Hag mengkritik mutu pertahanan sebelah kiri pasukannya ketika menentang Fulham. Ini kerana arah tersebut sangat lemah ketika bertahan terutama sekali

Everton Dikembalikan Semula 4 Mata

EFL atau Liga Bola Sepak Inggeris telah memutuskan untuk meringankan hukuman pemotongan mata ke atas Everton. Ini selepas kelab Merseyside itu membuat