Kevin De Bruyne ternyata keliru dengan pemilihan FIFA untuk MOTM aksi Belgium menentang Kanada. Di mana De Bruyne telah dipilih sebagai pemain terbaik perlawanan atau MOTM.
Pemain tengah Manchester City itu dianggap salah seorang pemain tengah terbaik sepanjang zaman di Eropah.
Dia memiliki gaya permainan yang sangat bertenaga. Namun ada kalanya, De Bruyne juga sama seperti pemain lain, tidak memiliki hari terbaik di atas padang.
Dan dia merasakan dia tidak cukup bagus pada kali ini.
Biasanya pemain akan gembira dan berbangga dengan pencapaian itu, namun tidak De Bruyne.
Dia sendiri menilai persembahannya sebagai tidak bagus, tetapi entah bagaimana dia boleh menang MOTM.
Apa kriteria yang ditetapkan FIFA untuk memilih MOTM? Sambil De Bruyne mengesyaki dia dipilih kerana namanya yang seringkali menjadi pemain utama dan agak popular?
Ini bermakna FIFA memilih MOTM berdasarkan populariti.
De Bruyne kehairan berkata: “Saya tak rasa saya bermain bagus hari ini. Saya tak tahu entah macam mana saya boleh mendapat trofi MOTM ni?”
“Adakah kerana nama saya?”
Kevin De Bruyne on being named player of the match:
"I don't think I played a great game. I don't know why I got the trophy. Maybe it's because of my name." pic.twitter.com/JLvhOo3Iiz
— B/R Football (@brfootball) November 23, 2022
Rata rata setuju dengan komen De Bruyne. Menurut mereka penjaga gol Belgium, Thibaut Courtois lebih berhak mendapat anugerah itu. Di mana penjaga gol Real Madrid itu turut menafikan 1 penalti Kanada yang diambil oleh Alphonso Davies.
Belgium tidak bermain baik dalam perlawanan ini. Hanya melakukan 9 percubaan berbanding 22 oleh Kanada.
Mitchy Batshuayi menjadi wira kemenangan Belgium untuk membolehkan mereka memulakan kempen Piala Dunia 2022 dengan kemenangan.
Apa yang pasti De Bruyne mahu dia dan rakan rakannya yang lain meningkatkan lagi aksi mereka dalam aksi berikutnya.