Ketua pasukan Manchester United, Bruno Fernandes menghamburkan pujian melambung kepada Kevin De Bruyne selepas aksi Derbi Manchester semalam.
Perlawanan yang agak hambar daripada kedua dua pasukan itu berakhir dengan keputusan seri tanpa jaringan.
Selepas wisel penamat, Bruno Fernandes berpelukan dengan Kevin De Bruyne untuk mengucapkan selamat jalan kepada pemaon itu yang beraksi buat kali terakhir dalam derbi Manchester itu.
Menurut Fernandes, Man City berada di tahap mereka ada sekarang dan menang banyak trofi sebab ada De Bruyne. Sementara itu, dia turut yakin Man United gagal memenangi trofi lebih banyak kerana De Bruyne menjadi penghalang mereka.
Fernandes turut menganggap De Bruyne sebagai pemain yang menjadikan Liga Perdana Inggeris lebih baik dan yakin pemain itu sudah pastinya akan berada dalam sejarah EPL..
Fernandes berkata: “De Bruyne menjadikan Liga Perdana Inggeris ini lebih baik. Jika Man City berada di mana mereka berada sekarang, dan Man United pula gagal memenangi banyak trofi dalam tempoh beberapa tahun ini, semuanya kerana De Bruyne.
“Dia pemain yang berhak menerima segala kredit di atas apa yang telah dia lakukan. Dia telah melakukan kerja luar biasa.
“10 tahun berada di EPL adalah sangat banyak.. Dia memutuskan untuk berpisah dengan City. Saya tidak pasti sebelah yang mana, namun Kevin berterusan kekal berkelas dunia, dan ianya satu penghormatan untuk melihat dia sendiri beraksi di depan mata.
❤️🫂 Bruno Fernandes: “Kevin De Bruyne made the Premier League better”.
“If Man City is where they are and Manchester United hasn't won as many trophies in this period, it's also because of Kevin De Bruyne”.
“He deserves all the credit, he's done fantastic”, told Sky Sports. pic.twitter.com/MuEYAa44ab
— Fabrizio Romano (@FabrizioRomano) April 6, 2025
“Dan saya berbesar hati untuk berlawan dengannya atas padang. Dia akan kekal berada dalam sejarah EPL, bukan sahaja dalam sejarah Man City.”
Kevin De Bruyne akan berusia 34 tahun pada Jun ini. Setakat ini merekodkan 4 gol dan 7 assist musim ini, di mana dia banyak disisihkan kerana kecederaan.
Dia mengumumkan meninggalkan Man City selepas tamat musim ini. Bersama City dia memenangi segalanya termasuk Liga Juara Juara Eropah pada musim treble bersama City.
Musim ini bukan musim terbaik untuk Man City. Namun De Bruyne akan tetap diingati seebagai salah seorang pemain tengah terbaik sepanjang zaman di EPL dan kancah bola sepak Eropah.