Kontrak De Bruyne akan tamat pada akhir musim ini, dan pemain tengah Belgium itu mengesahkan dia tidak akan menandatangani perjanjian baharu dengan Man City.
Legenda kelab itu dianggap sebagai antara pemain tengah terbaik dalam sejarah EPL, mendedahkan keputusannya dalam surat yang penuh emosi kepada peminat pada hari Jumaat.
De Bruyne, 33, menulis: ‘Manchester yang dihormati, Melihat ini anda mungkin sedar ke mana arahnya. Jadi saya akan teruskan dan memberitahu anda semua bahawa ini akan menjadi bulan terakhir saya sebagai pemain Manchester City.
“Tiada apa-apa tentang perkara ini yang mudah untuk ditulis, tetapi sebagai pemain bola sepak, kita semua tahu hari ini akhirnya tiba jua. Hari itu sudah tiba, dan anda layak mendengarnya daripada saya terlebih dahulu.
“Bola sepak membawa saya kepada anda semua – dan ke bandar ini. Mengejar impian ini, tanpa mengetahui tempoh ini akan mengubah hidup saya, bandar ini, kelab ini, orang-orang ini… memberikan saya SEGALANYA. Saya tiada pilihan selain memberikan SEMUANYA kembali! Dan rasa apa – kiota memenangi SEGALANYA.
“Sama ada kita suka atau tidak, sudah tiba masanya untuk mengucapkan selamat tinggal. Suri, Rome, Mason, Michele, dan saya semua bersyukur atas makna tempat ini kepada keluarga kami. ‘Manchester’ akan sentiasa ada dalam pasport anak-anak kami – dan lebih penting lagi, dalam hati kami.
“Ini [Manchester] akan sentiasa menjadi RUMAH kami.
“Tiada ucapan terima kasih yang cukup kepada bandar, kelab, kakitangan, rakan sepasukan, rakan dan keluarga untuk perjalanan selama 10 tahun ini. Setiap cerita akan berakhir, tetapi ini pastinya adalah lembaran yang terbaik.
Dear Manchester. 💙 pic.twitter.com/2EdhVYOLti
— Kevin De Bruyne (@KevinDeBruyne) April 4, 2025
“Mari kita nikmati detik-detik terakhir ini bersama-sama!”
De Bruyne telah membuktikan dirinya sebagai salah seorang pemain terhebat City sejak tiba dari Wolfsburg dengan harga £52 juta pada 2015.
Sepanjang 10 tahun lalu dia telah memainkan peranan utama dalam penguasaan City, memenangi enam gelaran Liga Perdana, lima Piala Carabao, dua Piala FA, dan, sudah tentu, Liga Juara-Juara Eropah untuk melengkapkan Treble pada 2023.
Dalam 413 penampilan untuk City dalam semua pertandingan, De Bruyne telah menjaringkan 106 gol dan mencatatkan 174 assist.
Dia akan dikenang sebagai legenda. Dan pemergiannya akan menandakan era baharu skuad Guardiola. Di mana pengurus itu sudah membeli dan sedia menambah beberapa lagi bakat baharu dalam skuadnya untuk jangka masa panjang.
Destinasi seterusnya
Setelah mengesahkan dia akan meninggalkan City pada musim panas ini, perhatian akan segera beralih kepada ke mana De Bruyne boleh pergi seterusnya. Beberapa kelab besar eropah dilaporkan sudah menghubunginya.
De Bruyne bagaimanapun masih fokus kepada Man City terutama sekali kelab itu akan beraksi dalam Piala Dunia Kelab yang akan datang.
Minat kelab Saudi kepada De Bruyne sebelum ini
Beberapa bulan lalu dia pernah minta dilepaskan ke Arab Saudi. Ini selepas dia akui tawaran gaji yang dia terima adalah setara dengan 15 tahun kariernya di Eropah.
Michael Emenalo, yang dilantik sebagai Pengarah Sukan di Arab Saudi antara faktor utama yang menarik De Bruyne untuk berminat menyertai kelab Arab Saudi. Emenalo menjadi antara individu yang membantu projek Liga Saudi yang menarik ramai bintang. Projek itu dibiayai oleh kerajaan Saudi yang sumber kewangannya tidak pernah habis.
Emenalo adalah orang yang bertanggungjawab membawa De Bruyne ke Chelsea dari Genk pada satu ketika dahulu. Ada 4 kelab yang boleh menjadi pilihan KDB. Kelab itu ditaja oleh PIF Arab Saudi, dengan kelab kelab tersebut digelar big 4 iaitu, Al-Hilal, Al-Nassr, Al-Ittihad dan Al-Ahly.
Di mana De Bruyne ketika itu diberikan pilihan untuk memilih mana mana pasukan yang dia mahu sertai dari kalangan pasukan ditaja PIF.
PIF sanggup membayar De Bruyne €70 juta setahun tanpa sebarang cukai. Namun Man City pada masa itu tidak berminat dengan sebarang bidaan dari sana. De Bruyne sudah berbincang dengan pengurusan tertinggi kelab Man City ketika itu.
Namun dia menyatakan dia tidak pernah diberikan lampu hijau untuk meneruskan rundingan dengan kelab di Saudi.
De Bruyne tidak setuju dengan pandangan ramai aktivis di Barat yang mengutuk pemain pemain bola sepak mereka datang ke Arab Saudi yang dianggap negara menindas rakyat sendiri dan tidak mengamalkan kebebasan hak asasi.
De Bruyne berkata: “Setiap negara itu ada baik dan buruknya. Ada sesetengah orang akan berikan alasan kenapa kamu tak patut pergi sana, dan bandingkan negara Arab Saudi dengan Belgium atau England.
“Semua orang ada melihat kekurangan tentang negara lain. Siapa tahu, mereka juga akan memberitahu perkara yang sama tentang dunia Barat.”
🗣️ Kevin De Bruyne on human rights in Saudi Arabia: "Every country has its good and bad things. Some people will give examples of why you shouldn't go there, but you can also give them about Belgium or England.
Everyone has less good points. Who knows, maybe they will tell you… pic.twitter.com/EtiUFKcJWF
— Football Tweet ⚽ (@Football__Tweet) June 6, 2024
Bercakap tentang tawaran dari Arab Saudi, De Bruyne menegaskan dia sentiasa terbuka untuk menerimanya. Dia berkata: “Saya memang tidak pernah menolak peluang dari Arab Saudi. Pada usia saya sekarang, kamu harus membuka diri kamu kepada apa sahaja peluang. Kamu sekarang ini sedang bercakap tentang jumlah wang yang sangat besar.
“Adakalanya saya berfikir: ‘Jika kamu boleh meraih wang sebanyak itu dalam masa dua tahun di Arab Saudi yang bersamaan dengan kamu terpaksa bermain 15 tahun di Eropah untuk mendapatkan jumlah itu, dan kamu terus memikirkannya. Saya tak pernah membuat wang sebanyak itu dalam masa singkat’.”
“Anak anak saya ok sahaja kalau merantau ke tempat yang jauh. Perbualan kami lebih kepada keluarga pada usia saya ni. Saya ada bercakap dengan ramai orang sebenarnya, ye la, kontrak saya masa tu ada baki setahun sahaja. Anak sulung saya kadangkala bertanya: ‘Ayah, berapa lama lagi kamu akan bermain untuk City?’.”
De Bruyne menghormati Manchester City dan tidak pernah mendesak untuk dijual. Kelab itu sentiasa ada polisi terbuka kepada mana mana pemain yang mahu pergi.