De Gea Persoalkan Kenapa Man United Bermain Dan Arsenal Berehat?

Penjaga gol bintang Manchester United, David De Gea dengan berang telah mempersoalkan mengapa Manchester United harus terpaksa bermain empat hari sebelum menentang Arsenal, manakala The Gunners pula berehat pada pertengahan minggu

Sedangkan kedua dua pasukan masih perlu bermain 1 lagi perlawanan di dalam tangan mereka untuk menggenapkan 19 aksi liga bersama sama kebanyakan pasukan lain.

Lebih mengecewakan apabila Man United kehilangan pemain penting mereka untuk aksi berdepan Arsenal selepas ini.

The Red Devils membuat perjalanan ke Emirates pada hari Ahad untuk pertembungan yang menarik yang boleh memberi kesan besar kepada kedua dua pasukan dalam perlumbaan kejuaraan Liga Perdana Inggeris dan pertempuran untuk empat teratas.

Tetapi De Gea dan rakannya kini akan kehilangan salah seorang pemain terpenting mereka untuk perlawanan itu, jeneral bahagian tengah iaitu Casemiro.

Ianya selepas dia memungut kad kuning kelima musim ini dalam perlawanan terbaru Man United yang seri 1-1 dengan Crystal Palace pada hari Ahad.

Pemain tengah maestro dari Brazil berusia 30 tahun itu akan menjalani penggantungan satu perlawanan. Dengan pengurus Erik ten Hag kini terpaksa memikirkan Pelan B.

Rakan sepasukannya, De Gea telah melepaskan kemarahannya terhadap keputusan ketua Liga Perdana Inggeris untuk menjadualkan kunjungan mereka ke Palace beberapa hari sebelum perlawanan yang begitu penting.

“Ianya tamparan hebat untuk kehilangan Casemiro untuk hari Ahad,” kata penjaga gol Sepanyol itu, yang berjaya menghalang pasukannya daripada ketinggalan pada separuh masa pertama dengan penyelamatan yang cemerlang,

De Gea menambah. “Saya tidak faham mengapa Arsenal tidak bermain kerana kami perlu bermain pada minggu yang sama dan mereka tidak. Sekarang kami kehilangan salah seorang pemain terbaik kami. Saya tidak faham. Sekarang kami akan sangat sangat merasai kehilangannya, dan ia satu kerugian besar buat kami.”

Jawapan kepada persoalan De Gea itu mungkin disebabkan oleh Red Devils yang hanya menduduki tempat kedua dalam kumpulan Liga Europa awal musim ini.

Tidak seperti Arsenal, yang mengungguli kumpulan mereka, United akan bertandang ke Barcelona pada 16 Februari untuk perlawanan pertama play-off mereka.

Kurang 24 jam sebelum itu, anak buah Mikel Arteta akan berdepan Manchester City dalam satu lagi pertembungan Liga Perdana Inggeris untuk menyempurnakan baki perlawanan mereka di tangan.

Kedua-dua perlawanan itu, iaitu aksi Arsenal vs City dan lawatan The Red Devils ke Palace telah dijadualkan semula kerana pemergian Ratu Elizabeth II pada September, walaupun United hanya diberi notis 10 hari daripada ketua Liga Perdana apabila tarikh baharu itu diumumkan awal bulan ini.

Bagaimanapun, De Gea pastinya tidak akan berasa kecewa sekiranya United mengekalkan kelebihan 1-0 di Selhurst Park menerusi gol pembukaan Bruno Fernandes.

Skuad bimbingan Erik Ten Hag mempamerkan aksi buruk pada separuh masa kedua, dengan melepaskan 3 mata ketika perlawanan berbaki lapan minit.

Palace melakukan beberapa ancaman bahaya, antaranya adalah menerusi Zaha yang memaksa Casemiro melakukan terjahan. Dan pemain itu mengumpul 5 kad kuning. Bermakna dia harus menjalani penggantungan dalam aksi domestik berikutnya.

Dengan Arsenal akan menjadi lawan mereka yang seterusnya, Ten Hag yang kecewa tetapi berfikiran ke hadapan menunjukkan bahawa pasukannya telah menewaskan Gunners pada awal musim tanpa Casemiro dalam kesebelasan utama.

“Kali terakhir kami menewaskan Arsenal tanpa Casemiro,” kata pakar taktikal dari Belanda itu.

“Casemiro jelas merupakan pemain yang sangat penting untuk kami dan dia adalah salah satu sebab kami berada dalam kedudukan seperti sekarang.”

Manchester United benar benar telah banyak berubah dalam beberapa bulan ini di bawah kendalian Erik Ten Hag.

Baca yang lain