De Gea Tak Mahu Jadi Pengganti Onana Di Inter Milan

Andre Onana telah mengesahkan bahawa dia adalah pengganti David De Gea di Manchester United.

Namun sebaliknya pula yang berlaku pada posisi yang ditinggalkan Onana di Inter Milan.

Ini apabila David De Gea menolak untuk menjadi pengganti Onana di kelab berpangkalan di Milan itu.

De Gea kini berstatus ejen bebas dan boleh berpindah secara percuma ke mana mana kelab.

De Gea menamatkan kariernya di Man United setelah 12 tahun lamanya, apabila kontraknya berakhir pada Jun 2023.

Kedua dua pihak dilaporkan tak dapat mencapai kesepakatan dalam gaji yang diminat De Gea.

De Gea kemudian tidak mendapat tawaran lanjutan baharu daripada Man United. Namun terdapat laporan kemudian menyatakan bahawa Man United sedia menjadikan De Gea penandatanganan kecemasan jika mereka gagal mendapatkan Onana.

Idea itu tidak dipersetujui De Gea yang terus mengumumkan dia akan mencari cabaran baharu di kelab lain selepas ini.

Penjaga gol berstatus legenda di Man United itu merupakan pemenang Sarung Tangan Emas EPL musim lalu selepas menjadi penjaga gol paling banyak clean sheets musim lalu di Liga Perdana Inggeris.

Dia membantu United mara ke UCL sekali lagi dan menjuarai Piala Carabao.

Inter Milan merasakan De Gea calon terbaik menggantikan Onana. Dalam usaha kelab itu mahu berjimat cermat di sebalik kekangan kewangan yang mereka hadapi.

De Gea boleh ditadatangani secara percuma. Namun De Gea tidak berminat untuk menyertai finalis Liga Juara Juara Eropah musim lalu itu.

Selain De Gea, Inter juga sedang mempertimbangkan untuk mendapatkan Yann Sommer dari Bayern Munich yang disahkan oleh kelab itu mahu mencari kelab baharu selepas kepulangan semula Manuel Neuer.

Kini Inter pastinya harus menggandakan usaha untuk mendapatkan Yann Sommer selepas De Gea terang terangan menolak sebarang potensi untuk menjadi penjaga gol baharu Inter Milan.

Ke manakah destinasi De Gea yang seterusnya selepas ini?

Apa yang pasti, David De Gea masih menarik perhatian banyak kelab utama di Eropah. Dia juga dilaporkan menarik minat daripada kelab kelab di Arab Saudi.

Baca yang lain