De Gea Tercicir Dari Saringan 55 Pemain Piala Dunia, Kepa Masuk Antara 5 Keeper

David De Gea tidak tersenarai dalam senarai 55 pemain untuk saringan ke Piala Dunia 2022.

Luis Enrique menyenaraikan 5 penjaga gol untuk saringan tersebut. Namun tiada nama David De Gea di dalamnya. Walaupun De Gea menunjukkan prestasi cemerlang di peringkat kelab sejak musim lalu.

David de Gea telah bergelut untuk menarik perhatian Luis Enrique untuk sekian lama selepas kehilangan tempatnya beberapa tahu lalu.

AS melaporkan bahawa David Raya yang bermain untuk Brentford akan mendapat tempat  di dalam pesawat bersama pemain Athletic Bilbao, Unai Simon dan pemain Brighton, Robert Sanchez, yang telah bermain dalam setiap perlawanan Liga Perdana musim ini.

Ketiga tiga penjaga gol tersebut merupakan penjaga gol sweeper Keeper. Salah satu sebab kenapa De Gea disingkirkan daripada skuad Spain di bawah Enrique adalah kerana dia lemah dalam ball playing.

Tiga nama di atas dijangka terbang ke Qatar, manakala Kepa Arrizabalaga dari Chelsea dan pemain Getafe, David Soria telah dipilih dalam senarai menunggu atau sandaran.

Dua penjaga gol itu turut memiliki ball playing yang dianggap lebih baik daripada De Gea.

Musim ini De Gea bermain dengan sistem ball playing keeper di bawah Erik Ten Hang. Walaupun mendapat teguran pada beberapa aksi pertamanya di bawah Ten Hag namun De Gea dilihat semakin memperbaiki aspek ball playing beliau.