De Jong Berminat Sertai Man United Kerana Nak Berganding Dengan Casemiro

Sepanjang jendela perpindahan pra musim yang lalu, Man United menghabiskan masa dan tenaga mereka untuk mengejar Frenkie De Jong.

Berlaku banyak drama tarik tali di antara United dengan pemain itu.

Memandangkan Barcelona juga terdesak mahu menjual De Jong dengan harga yang boleh mencecah €100 juta termasuk bonus.

Malangnya, pemain itu enggan ke Man United dan mahu terus kekal di Barcelona.

Antara alasan De Jong adalah, dia tak mahu bermain di UEL. Barcelona bermain di UCL, dan dia mahu terus bermain di pertandingan utama Eropah itu.

United kemudian menukar sasaran mereka kepada Casemiro. Pemain itu menerima tawaran United dan akhirnya menjadi pemain penting dalam skuad Red Devils.

Kini, De Jong dikatakan berminat untuk datang ke Man United. Kerana potensi bermain bergandingan dengan Casemiro di bahagian tengah.

Erik Ten Hag dilaporkan tidak pernah menamatkan minatnya ke atas De Jong.

De Jong yang sebelum ini tersingkir dari UCL bersama Barcelona. Dan lebih ironi, disingkirkan United daripada UEL dalam play off pusingan kalah mati.

Kini dia melihat United sebagai kelab yang baik untuknya. Memandangkan mereka sudah semakin baik dari sistem permainan. Dan sudah tentunya, United kini di landasan terbaik untuk kembali ke UCL musim hadapan.

Barcelona masih perlu menjual beberapa pemain mereka untuk membolehkan mereka mendapatkan pemain baharu. Kerana La Liga melarang mereka mendaftarkan atau membeli pemain baharu jika tidak mendapatkan sekitar €200 juta pada jendela akan datang.

Baca yang lain