De La Fuente Dedahkan Cara Mereka Kendalikan Pemain Dan Pelajar Bernama Lamine Yamal

Pengurus Sepanyol mendedahkan bagaimana dia menggunakan pendekatan kemanusiaan dalam menguruskan Lamine Yamal. Di mana menurutnya, Lamine Yamal tetap seorang remaja dan seorang pelajar walaupun dia seorang pemain remaja yang hebat.

De La Fuente menegaskan bahawa, untuk menguruskan Lamine Yamal dia sedia untuk mendengar apa sahaja daripada pemain itu dan membantunya. Ini termasuk membantu dia membuat kerja rumah matematik, kalau dia tahu melakukannya.

Malangnya De La Fuente tidak pandai untuk membantunya dalam subjek matematik. De La Fuente tiada masalah dengan pemain itu membawa buku dan kerja rumahnya ke Jerman ketika Euro.

“Saya ada terfikir nak membantu dia matematik. Itu yang dia perlukan masa tu. Namun kita membantu dia dalam perkara lain termasuk isu berkaitan perundangan,” De La Fuente merujuk kepada peraturan buruh kanak kanak Jerman yang ketat. Yang turut terpakai kepada kanak kanak yang datang melawat ke negara itu.

“Ianya penting untuk kami menjadi pendidik dan pembangun, kerana kita tidak boleh lari daripada fakta bahawa budak ini baru 16 tahun, masih kanak kanak. Ada persoalan tentang privasi, perlindungan melibatkan Lamine Yamal.

“Apabila pemain lain keluar untuk makan, dia tak boleh keluar sebab dia masih bawah umur. Seseorang yang bertanggungjawab untuk mengawasinya di dalam hotel dan sentiasa bersamanya. Kami sudah bersetuju dengan keluarganya tentang peranan menjadi ‘ibu bapa’ ketika dia di sini, dan lebih tanggungjawab kepada masyarakat.

“Peranan persatuan kami pula, mereka mengendalikan perkara berkaitan dengan hak asasi, keperluan perundangan, penguatkuasaan, serta persetujuan ibu bapa,” tambah De La Fuente yang mengakui Lamine Yamal terpaksa mengorbankan keseronokannya sebagai anak muda ketika di Jerman.

Peranan pemain seperti Dani Carvajal dan Morata juga sangat penting untuk membimbing Lamine Yamal. De La Fuente memuji Morata sebagai seorang pemimpin yang sangat baik kepada anak anak muda seperti Lamine Yamal.

De La Fuente anggap Lamine Yamal adalah pemain muda yang mendapat sentuhan daripada ‘Tuhan’. Dia berkata: “Lamin sangat bagus. Betapa bagusnya dia? Dia adalah bakat yang disentuh oleh ‘Tuhan’ dengan tongkatnya. Ada beberapa pemain yang berbeza, namun saya tak mahu membuat perbandingan. Keana mereka adalah pemain bola sepak di era berbeza.”