Matthijs de Ligt menjelaskan dia menyertai Juventus untuk bekerja dengan Maurizio Sarri, yang ‘hanya bertahan satu tahun’ di kelab itu.
Kenapa Sarri? Menurut De Ligt, Sarri adalah pengurus yang bermain bola sepak menyerang dengan tempo yang laju berbanding pengurus lain. Dan dia merasakan dia tidak sesuai dengan tempo di Serie A yang agak lembab sikit.
Produk belia Ajax mempunyai beberapa pilihan perpindahan pada 2019. Di mana dia menjadi perhatian banyak kelab termasuk Manchester United, Barcelona, Real Madrid dan boleh dikatakan semua kelab besar di Eropah mahukannya.
Namun kelab seperti Manchester United terpaksa menarik diri kerana ketika itu Mino Raiola mahu memasukkan klausa pelepasan mampu milik seperti mana yang ada pada kontrak Haaland di Dortmund selepas itu.
De Lig akhirnya memilih Bianconeri dalam perjanjian bernilai €85.5 juta. Dia dianggap pengganti jangka panjang yang sempurna untuk Leonardo Bonucci yang bermain gaya permainan hampir sama.
Giorgio Chiellini, Leonardo Bonucci dan Gigi Buffon semuanya berada di sana pada masa itu dan dia hanya seorang remaja.
“Apabila anda pergi ke pasukan dengan legenda ini, menjadi sukar bagi anak muda seperti saya untuk mengekspresikan diri saya. Saya belajar banyak daripada mereka dan cuba setiap hari untuk mengambil sebanyak mungkin ilmu daripada pemain ini supaya saya boleh menjadi pemain yang lebih baik,” kata De Ligt kepada ESPN.
Terdapat juga isu taktikal, kerana pemain antarabangsa Belanda itu memastikan dia lebih baik di bahagian kanan pertahanan tengah, tetapi ditolak ke kiri akibat kecederaan Chiellini.
Dia menegaskan bahawa di Itali, gaya permainannya bersama Juventus sangat berbeza dengan di Ajax. Di mana di Ajax mereka menekan [pressing] lawan mereka di kawasan tinggi dan mengambil risiko.
Tetapi di Juventus berbeza. Ianya tidak ubah seperti kebanyakan taktikal pasukan Itali yang lain. Di mana gaya bertahan lebih rigid. Namun De Ligt faham, mereka berbuat begitu kerana yakin itulah cara betul bermain bola sepak, selepas memenangi Piala Dunia dengan gaya lebih defensif dan agak lembab [slow].
De Ligt menambah:
“Ia adalah gaya bertahan yang berbeza. Di Ajax anda menekan lawan di kawasan sangat tinggi, anda mengambil risiko, di Juventus ia lebih kepada apa yang ada di belakang anda [bertahan lebih rigid].”
De Ligt: "The Ajax style was to press high, take risks. At Juventus it was the other way around. In Italy the pace of the league is a bit slower, so you are permitted to sit a bit deep, but they won 4 World cups with this style, I understand they think this is the right way."
— Forza Juventus (@ForzaJuveEN) July 28, 2022
“Di Itali, rentak Liga juga sedikit perlahan. Mereka memenangi empat Piala Dunia dengan gaya permainan ini, jadi saya faham sepenuhnya bahawa mereka merasakan ini adalah cara yang betul untuk bermain bola sepak.”
Dia kemudian menyatakan bahawa, faktor Sarri menjadi sebab kenapa dia datang ke Juventus. Sarri merupakan pengurs Itali yang sukakan high pressing. Malangnya Sarri cuma bertahan semusim.
“Saya datang ke Juventus dengan idea untuk bermain lebih banyak bola sepak menyerang, kerana Sarri adalah jurulatih pada masa itu dan dia mempunyai nama yang sangat baik dalam dunia bola sepak, bermain bola sepak yang menakjubkan dengan Napoli dan Chelsea. ”
“Saya menjangkakan lebih banyak gaya Ajax di sana, tetapi malangnya selepas setahun dia segera (dipecat).”
Walaupun memenangi Scudetto dalam satu musimnya, Sarri dipecat untuk memberi laluan kepada Andrea Pirlo.
De Ligt mendesak perpindahan keluar musim panas ini dan, walaupun minat daripada Chelsea dan lain-lain, dia mahukan Bayern Munich.
De Ligt berharap kariernya di Bayern akan terus cemerlang. Kerana dia yakin dengan taktikal Julian Nagelsmann adalah lebih baik daripada Max Allegri dari segi tempo dan intensiti. Dia pernah memuji taktikal Bayern mirip dengan Ajax.
Matthijs de Ligt : "I think the way to play at Bayern is the same way at Ajax. At Juve it was a bit different". pic.twitter.com/T6kETT7JRR
— ᴇѕᴇᴛ 🇫🇷 (@esetfcb) July 19, 2022