Matthijs De Ligt musim lalu menjadi antara bek tengah terbaik di Eropah selepas dia mendapat semula prestasi cemerlangnya.
Namun musim ini dia kehilangan tempat sebagai pemain kesebelasan utama.
Terbaru De Ligt tidak diturunkan dalam aksi menentang Manchester United. Dan ianya membuatkan dia benar benar bengang dengan Tuchel.
De Ligt sangat berharap dapat beraksi dalam perlawanan besar seperti itu, namun malangnya dia tak mendapat sebarang minit permainan di dalam perlawanan tersebut.
Dikatakan De Ligt sedia menyelesaikan isu masa depannya dengan bersemuka dengan Tuchel. Ini selepas BILD melaporkan bahawa De Ligt meninggalkan stadium dengan muka mencuka dan tidak bercakap sepatah haram.
Menunjukkan bahawa pemain itu benar benar sudah bengang.
Matthijs de Ligt is slowly getting frustrated with his situation. After not getting any minutes against Manchester United, the Dutchman left the stadium without saying a word and is in an increasingly bad mood [@BILD] pic.twitter.com/1o9VwlZhgG
— Bayern & Germany (@iMiaSanMia) September 22, 2023
Dalam wawancara terbaru Tuchel dengan wartawan dia sudah menjelaskan tentang kenapa De Ligt tidak dimasukkan.
Pengurus itu menjelaskan posisi CB adalah posisi yang pengurus jarang untuk membuat pertukaran tidak seperti tengah.
Bekas pengendali Chelsea itu berkata: “Sebagai bek tengah, kamu tak ada banyak peluang untuk ditukar ganti. Tidak macam pemain tengah. Kami bercakap dengan setiap pemain setiap hari. Saya tak rasa perbincangan seperti ini berkaitan situasi ini adalah perlu.”
Tuchel on Matthijs de Ligt's situation and whether he spoke to him about it: "As a centre-back, you don't get many opportunities to be subbed on, unlike a midfielder. We talk to every player every day, but I don't think a conversation (about his situation) is necessary. Matthijs… pic.twitter.com/Cfwg5NhCdJ
— Bayern & Germany (@iMiaSanMia) September 22, 2023
“Sudah tentunya minit permainan dia sekarang ini tidak cukup untuknya secara peribadi. Namun dia adalah pemain pasukan ini. Bermakna setiap orang harus sentiasa bersedia. Matthijs pun sedang melakukannya, segalanya baik baik.”