De Paul Tulis Nota Ikrar Untuk Messi: “Dua Bulan Dari Sekarang Kita Akan Angkat Piala Dunia”

Rodrigo de Paul meninggalkan satu nota kecil untuk Lionel Messi di lokernya ketika di kem Argentina beberapa bulan yang lalu.

Dia yakin bahawa 2 bulan akan datang mereka akan menjadi Juara Dunia.

Piala Dunia merupakan idaman semua pemain bola sepak. Terutama sekali pemain yang memiliki status dan legasi luar biasa seperti Messi. Sudah tentunya Piala Dunia akan menjadi pelengkap kepada statusnya sebagai GOAT.

De Paul telah menjadi pemain utama Argentina era Scaloni. Dan dia seringkali diusik dengan panggilan ‘bodyguard separuh masa’ Messi.

Ini selepas De Paul beberapa kali melindungi Messi daripada serangan verbal atau secara fizikal daripada pemain lawan ke atas Messi di atas padang.

Bermain bersama Messi dianggap impian yang menjadi kenyataan buat De Paul.

Dan dia mahu membantu kaptennya itu menunaikan misi mereka untuk membawa pulang Piala Dunia ketiga dalam sejarah negara mereka.

De Paul menulis pada sekeping nota yang ditinggalkannya di loker Lionel Messi. Nota itu berbunyi: “Saya Rodrigon De Paul (nombor 6) Sekarang 18/9/2022. Saya menandatangani kertas ini dan berikrar bahawa kita akan menjuarai Piala Dunia dalam masa dua bulan daripada sekarang.”

Dua bulan selepas nota itu ditulis, Argentina benar benar menjadi juara dunia.

Lionel Messi dan Rodrigo De Paul masing masing berada dalam kesebelasan utama pasukan mereka pada aksi final.

Messi menjadi nadi penting Argentina di barisan serangan. Menjelmakan magisnya yang luar biasa terutama sekali pada aksi final yang memerlukan dia melakukan segalanya.

Argentina mendahului dengan 2 gol, namun dikejar Perancis dengan 2 gol oleh Kylian Mbappe pada separuh masa kedua.

Perlawanan berlanjutan ke masa ekstra dan Messi meletakkan pasukannya di hadapan sekali lagi. Tetapi Mbappe menyamakan kedudukan untuk menjadikannya 3-3.

Dalam penentuan penalti, Argentina menang ke atas Perancis dengan skor 4-2.

De Paul dan Messi akhirnya menjulang Piala Dunia yang mereka impikan sejak sekian lama.

Pengendali Argentina, Lionel Scaloni berharap Lionel Messi akan terus beraksi dalam Piala Dunia 2026 di mana mereka akan turun sebagai pasukan juara bertahan yang akan mempertahankan kejuaraan dunia mereka.

Scaloni berkata: “No.10 akan sentiasa tersedia untuk Lionel Messi.”

Baca yang lain

Xavi Nekad Tinggalkan Barca

Xavi Hernandez menyatakan bahawa dia sudah nekad mahu meninggalkan Barcelona pada akhir musim ini. Xavi beberapa bulan lalu mengesahkan dia sudah mencapai