De Zerbi Kecewa Tak Kalahkan Chelsea Kerana Pasukannya Lebih Baik

Roberto De Zerbi sukar menerima kekalahan pasukannya, Brighton di tangan Chelsea. Kerana menurutnya mereka bermain jauh lebih baik daripada tuan rumah daripada minit pertama sehingga ke wisel penamat.

De Zerbi yang sebelum ini hampir dikenakan tindakan selepas komen beliau menyatakan dia tak suka dengan 80% daripada pengadil England. Namun FA Inggeris memutuskan dia cuma diberikan amaran sahaja.

Di atas padang, De Zerbi tidak dapat menewaskan Chelsea walaupun ada kelebihan seorang pemain. Chelsea bermain dengan 10 pemain pada separuh masa kedua berjaya menang 3-2 ke atas Brighton.

Brighton mendominasi 68% perlawanan dengan 18 percubaan dilepaskan oleh mereka. Chelsea mendahului menerusi Enzo Fernandez pada minit ke-17. Dan kemudian menambah gol lagi menerusi pemain pertahanan Leo Colwill kira kira 4 minit kemudian.

Brighton merapatkan jurang gol menerusi Facundo Buonanotte pada minit ke-43 untuk memastikan perlawanan berlangsung kembali sengit dan dalam jangkauan mereka.

Pada minit ke-45, Chelsea dikurangkan kepada 10 pemain selepas Connor Gallagher dibuang padang.

Ia menguatkan lagi tekad Brighton untuk bangkit pada separuh masa kedua. Namun Chelsea menambah 1 lagi gol minit ke-65 menerusi penalti Enzo Fernandez.

Dengan Brighton akhirnya berjaya mendapatkan gol kedua mereka, sangat sangat lewat menerusi gol minit ke-90+2 oleh Joao Pedro.

Chelsea menang 3-2 dengan hanya melakukan 8 percubaan sahaja. Selepas tamat perlawanan De Zerbi berkata:

“Bola sepak ini sangat sukar. Kamu boleh bermain dengan sangat baik berbanding lawan kamu dan masih juga kamu yang kalah. Terutama sekali apabila kamu melakukan kesilapan dalam butiran permainan.”

“Kami bolos 3 gol dengan cara luar biasa sekali. Namun sejak dari minit pertama sehingga ke masa kecederaan, kami bermain lebih baik daripada Chelsea. Namun dalam bola sepak kamu masih boleh kalah.”

Kekalahan ini menyaksikan Brighton mempersia siakan peluang untuk memintas Man United yang berada di atas mereka di tangga ketujuh selepas kalah di tangan Newcastle.

Chelsea berjaya menempatkan diri mereka dalam kalangan 10 teratas. Kutipan mata sama dengan Brentford iaitu 19 mata. Namun mereka lebih baik dari segi perbezaan jaringan.