De Zerbi Pelik Jepun Panggil Mitoma Untuk Piala Asia Sedangkan Dia Masih Cedera

Pengurus Brighton, Roberto De Zerbi terkejut apabila Jepun memanggil Kaoru Mitoma untuk tugasan Piala Asia 2023. Sedangkan pemain itu masih cedera.

Sebelum ini De Zerbi menyatakan bahawa dia yakin Mitoma tidak akan dapat beraksi dalam Piala Asia yang berlangsung pada Januari 2024 kerana pemain itu mengalami kecederaan buku lali.

Kemudian De Zerbi menegaskan bahawa pemain itu perlu berehat sekitar enam minggu. Mitoma mengalami kecederaan itu ketika seri 1-1 menentang Crystal Palace di Selhurst Park pada 21 Disember yang lalu.

De Zerbi turut memberitahu bahawa kecederaan Mitoma menambahkan lagi senarai kecederaan pemain penting mereka termasuk Solly March dan Julio Enciso.

Tetapi Jepun telah menyenaraikan nama pemain itu untuk tugasan Pial Asia.

Ini komen De Zerbi: “Saya benar benar terkejut kerana petugas perubatan kelab kami memberitahu saya bahawa Mitoma perlu berehat selama 4 sehingga 6 minggu. Amat sukar untuk memikirkan bagaimana dia boleh bermain di Piala Asia?”

“Tetapi saya seorang penyokong Mitoma, dan semua pemain saya. Mereka boleh bermain untuk negara mereka dan saya tumpang bangga dan gembira dengan mereka.”

Jepun akan bermain perlawanan pertama mereka menentang Vietnam pada 14 Januari. Dengan pertandingan Piala Asia berlangsung daripada 12 Januari sehingga 10 Februari.

Pegurus Jepun, Moriyasu berharap Mitoma akan cukup cergas untuk bermain dalam kempen kali ini. Dan mengakui pemain itu kemungkinan besar terlepas aksi pembukaan berdepan Vietnam.

“Saya tak pasti kalau Mitoma boleh bermain perlawanan pertama kami. Namun dia sekarang ini sedang dalam pemulihan yang sangat lancar. Dan saya menjangkakan dia akan beraksi dalam pusingan awal.”

De Zerbi turut kehilangan Simon Adingra. Pemain yang terpaksa melupakan kempen Piala Afrika bersama Ivory Coast kerana kecederaan. Berita kecederaan Adingra ini turut dikongsi De Zerbi beberapa minggu lalu ketika dia turut mengumumkan Mitoma cederaa.

The Seagulls pada masa yang sama masih kehilangan pemain pemain seperti Solly March, Joel Veltman, Tariq Lamptey, Ansu Fati dan Igor Julio semuanya kerana kecederaan.