FA England telah menghantar satu surat amaran kepada pengurus Brighton, Roberto De Zerbi kerana komennya tentang pengadil sebelum ini.
De Zerbi mengkritik mutu pegadilan selepas pasukannya seri 1-1 menentang Sheffield United sebelum minggu rehat antarabangsa.
Pengurus asal Itali berusia 44 tahun itu berkata dia tidak suka 80% pengadil Inggeris. Di mana dalam perlawanan itu, Brighton awalnya mendahului.
Sheffield menyamakan kedudukan hanya beberapa minit selepas pemain Brighton, Mahmoud Dahoud dibuang padang.
Dalam wawancara selepas tamat perlawanan, De Zerbi berkata: “Saya jujur dan berterus terang, saya tidak suka dengan 80% pengadil England. Ini bukan benda baharu. Saya tak suka mereka.”
“Saya tak suka lagak dan cara mereka di atas padang.”
FA England sudah memberikan amaran agar De Zerbi menjaga percakapannya terutama sekali dalam isu melibatkan pengadil.
Di mana pemain dan pengurus sebenarnya tidak dibenarkan mengkritik pengadil secara terbuka di hadapan media.
Jika De Zerbi mengulangi lagi perbuatannya, dia akan dikenakan tindakan keras daripada FA Inggeris.
Kini sudah ada teori bahawa, De Zerbi baru sahaja menggali kuburnya sendiri. Kerana pengadil pengadil dari England selepas ini sudah tentunya akan menyampah dengannya dan itu boleh mempengaruhi keputusan mereka di atas padang melibatkan Brighton.
Peminat Arsenal kemudian mempersoalkan, kenapa De Zerbi terlepas tindakan sedangkan Mikel Arteta sebelum ini dikenakan tindakan kerana komennya ke atas pengadil selepas perlawanan menentang Newcastle.
How can one of these comments be worthy of being charged, but the other isn't?
Either both managers should be charged or neither should? Why the double standards @FA_PGMOL? pic.twitter.com/oUo6E9az84
— Gunners (@Gunnersc0m) November 23, 2023