De Zerbi Tinggalkan Brighton Kerana Pemilik Yang Kedekut

Brighton dan Roberto De Zerbi rasminya menamatkan kerjasama antara mereka selepas tamat musim ini.

Dan alasan utama di sebalik pemergian De Zerbi telah didedahkan oleh The Athletic.

Kedua dua pihak telah mencapai kesepakatan untuk menamatkan kontrak atas persetujuan bersama. Ramai berspekulasi ianya kerana De Zerbi mahu menyertai Bayern Munich.

Sebenarnya, bukan itu alasan utamanya, walaupun selepas ini De Zerbi mungkin boleh menjadi pengurus Bayern. Kerana dia memang dalam senarai calon untuk menggantikan Thomas Tuchel.

De Zerbi mengendalikan Brighton untuk kali terakhir pada aksi menentang Man United. Dan dia keluar dari kelab itu lebih awal daripada kontraknya yang sepatutnya berakhir pada 2026.

Dia antara pengurus yang dianggap sangat berpotensi terutama sekali selepas 2 musim yang cemerlang di Brighton.

Sebab utama dia tidak menyambung kariernya di Brighton setelah dia tidak sehaluan dengan pengerusi kelab iaitu Tony Bloom. De Zerbi mengkritik polisi Bloom dalam jual beli pemain.

Di mana De Zerbi berharap Bloom lebih berani dalam membeli pemain setelah kelab itu menjual ramai pemain bintang dengan harga besar sebelum ini.

Bloom tidak setuju dengan Roberto De Zerbi yang mahukan kelab itu lebih berani mengambil risiko dalam pembelian pemain. Brighton seringkali menarik diri awal daripada rundingan untuk mendapatkan pemain bintang yang dianggap terlalu mahal apabila kelab penjual meletakkan harga.

Ini membuatkan Brighton sukar menggantikan pemain pemain bintang yang sudah mereka jual. Sebelum ini De Zerbi pernah menyatakan bahawa: “Brighton satu satunya kelab yang kehilangan 3 pemain kunci mereka pada satu jendela perpindahan yang sama. Namun kami masih di tahap yang sama.”

Brighton dalam beberapa musim ini telah menjual ramai pemain. Dalam 3 jendela perpindahan sebelum ini mereka meraih £302 juta daripada penjualan pemain.

Oleh kerana sudah bosan dengan sikap kedekut pemilik kelab, maka De Zerbi akhirnya memutuskan bahawa dia bukan orang yang sesuai dengan polisi kelab tersebut.

Kerana dia mahu menjadikan Brighton bersaing merebut trofi pertandingan domestik atau eropah.

De Zerbi juga sangat kecewa dengan campur tangan Bloom dalam pembelian pemain. Namun Bloom lebih memilih pemain di bawah 23 tahun yang dianggap berpotensi besar untuk dibawa masuk.

De Zerbi merasakan terlalu ramai pemain bawah 23 tahun di kelab itu menjadikan mereka hanya kelab membangunkan pemain dan sukar untuk bersaing dengan kelab lain dalam persaingan trofi.

De Zerbi berharap kelab lebih terbuka mendapatkan bintang yang sedang di kemuncak prestasi atau lebih berpengalaman untuk membantu kelab tersebut. Pemain berpengalaman ini juga akan membantu menjadi mentor kepada kelab itu. Adapun pemain berpengalaman yang ditandatangani adalah pemain yang sudah di fasa akhir karier mereka seperti James Milner. Yang mana ‘peak’ mereka sudah tidak bagus lagi.

De Zerbi menyenaraikan beberapa pemain bintang yang dia mahukan. Namun ianya bercanggah dengan polisi Bloom. Beberapa perjumpaan berlaku antara De Zerbi dan Bloom.

Dan konflik pandangan semakin ketara sehingga kedua dua pihak mencapai kesepakatan penamatan kontrak atas persetujuan bersama.

Dalam syarat tersebut, De Zerbi masih boleh menerima pampasan penamatan kontrak jika dia tidak menerima tawaran daripada mana mana kelab lain sebelum musim panas 2026. Dan jika dia menerima kontrak daripada kelab lain sebelum musim panas 2026, maka dia tidak berhak menerima sebarang pampasan itu.

Pengumuman pemergian De Zerbi sebelum aksi terakhir mereka dalam EPL musim ini benar benar mengejutkan ramai pihak dan dia mulai dikaitkan dengan Bayern Munich. Selepas Thomas Tuchel mengesahkan bahawa dia tiadk akan kekal di Bayern kerana kelab itu enggan menerima syaratnya.

Bayern masih mencari pengurus baharu. Pengarah Sukan Marx Eberl juga antara individu yang pernah mencadangkan De Zerbi kepada pengurusan Bayern. Tetapi baru baru ini Eberl memberikan bayangan bahawa pengurus baru Bayern bukan dari kalangan pengurus Itali. Yang membuatkan nama De Zerbi dianggap mungkin tidak akan dilantik di Bayern.

Brighton kini mencari pengganti kepada De Zerbi. Bekas pembantu Ole di Man United iaitu Kieran McKenna yang membantu Ipswich naik ke EPL, adalah calon pilihan mereka. Namun masih tak pasti sama ada McKenna akan menerima tawaran tersebut.