DEA Buat Rampasan Dadah Bernilai RM104 juta, Stok Cukup Untuk Setiap Warga AS & Mexico

Polis Amerika Syarikat / AS baru sahaja membuat tangkapan dadah terbesar di negara mereka. Di mana stok dadah itu cukup untuk semua rakyat AS dan Mexico.

Penyiasatan dilakukan pada 2 Oktober lalu berkaitan dengan satu kartel pengedar dadah yang ada kaitan dengan kartel Sinaloa — menurut Drug Enforcement Administration (DEA).

Dan serbuan berjaya merampas 1 tan dadah pelbagai jenis. Serbuah itu dilakukan selepas mendapat waran dan ianya dilakukan di Moreno Valley serta Perris, di Timur Los Angeles.

Rampasan itu bernilai $25 juta ataupun sekitar RM104 juta secara keseluruhannya. Timothy J. Shea dari DEA berkata: “Dua rampasan ini lebih dari cukup untuk membekalkan dos dadah kepada setiap lelaki, wanita dan kanak-kanak di AS dan Mexico sekali.”

Semasa sidang media di sebuah gudang DEA di Montebello, pihak berkuasa menunjukkan bukti yang dikumpulkan semasa serbuan. Di mana hasil rampasan berlonggok tinggi dimuatkan atas sebuah trak.

Shea berkata: “Penyitaan metamfetamin oleh DEA ini adalah yang terbesar dalam sejarah. Dan ianya menjadi tamparan hebat terhadap kartel, tetapi yang lebih penting ialah kemenangan besar bagi komuniti di seluruh California Selatan dan Amerika Syarikat yang terpaksa menghadapi arus metamfetamin yang masuk kawasan kejiranan mereka.”

Penyitaan ini penting bukan hanya kerana jumlahnya yang besar, tetapi kerana ini kejayaan mendapat tahu tren atauapun cara penyeludupan dadah ke negara itu.

Sebilangan besar dadah itu dijumpai di dalam beg yang sudah dipacking siap siap untuk diedarkan di antara kereta di tempat awam, menurut CBS News.

Walaubagaimanapun, LA adalah pusat terkenal untuk perdagangan dadah kerana ia terletak di utara sempadan, skala besarnya membolehkan orang beroperasi tanpa rasa takut akan ditangkap.

Bill Bodner, ejen khas yang bertugas di DEA cawangan LA, berkata: “Mereka dapat mengurangkan beban dadah dan melakukan pengedaran di seluruh negara… rampasan yang berjaya seperti ini menyelamatkan nyawa dan mengurangkan eksploitasi dan korban masyarakat tempatan kita.”

Rampasan ini adalah sebahagian daripada Operasi Crystal Shield, sebuah operasi agensi AS untuk memerangi hotspot pemerdagangan manusia yang terkenal di LA, San Diego, Atlanta, El Paso dan Phoenix.

Ini adalah kenyataan yang menakutkan bagi mereka yang tinggal di sekitarnya.

Meth bukan satu-satunya dadah yang berjaya dirampas DEA, mereka juga meneui 405kg k0kain dan 6kg her0in.

Seminggu kemudian, DEA melakukan serangan besar ketika pegawai Kastam dan Perlindungan Sempadan menahan sebuah trak yang melintasi AS melalui Otay Mesa di San Diego.

Pada 11 Oktober, agensi mengesahkan pengambilan: 1.3 kg met, 30 her0in, dan 14kg serbuk fentanil dan hampir 17kg pil fentanil.

Baca yang lain

Xavi Sedia U-Turn Dan Kekal Di Barca

Beberapa minggu lalu Xavi menyatakan bahawa dia akan tetap meninggalkan Barcelona walaupun kelab itu menjulang UCL sekalipun. Sebelum itu Xavi sudah menyatakan