Dean Smith Kecam Pengadil, PGMOL Tampil Menjelaskan Kenapa Rodri Boleh Tak Ofsaid

Dean Smith dibuang padang dalam aksi Manchester City bertemu dengan Aston Villa. Dean Smith antara yang tidak dapat menyembunyikan kemarahannya.

Ketika binaan gol pertama Man City, Rodri pawa awalnya dengan jelas sekali dalam kedudukan ofsaid. Dan dia melakukan tekanan ke atas Mings, lalu mencipta gol untuk Bernardo Silva.

Pundit BT Sport, Peter Walton menjangkakan bahawa gol itu akan dibatalkan kerana Rodri menekan semula lawannya daripada kedudukan ofsaid.

Namun lain pula yang terjadi. Gol itu tetap diberikan, dan segera mendapat protes daripada kem Aston Villa yang mengatakan bahawa Rodri, yang memberikan hantaran kepada Bernardo Silva, berjarak 9 meter ofsaid sebelum itu. Tetapi pengadil Jonathan Moss pasti mengesahkan gol tanpa melihat VAR.

Dean Smith berpendapat, keputusan pengadil adalah pelik. Smith awalnya menjangkakan pengadil pergi ke monitor VAR tetapo sebaliknya pengadil pergi ke arahnya untuk memberikan kad merah.

“Adakah kita hanya membiarkan pemain berada di belakang garisan ofsaid? Ianya pelik. Dia berada 10 ela daripada pemain kami. Dan kembali semula lalu membentes pemain kami.”

“Ianya peraturan yang menyedihkan dan keputusan yang menyedihkan.”

“Saya berkata kepada pengadil keempat, David Coote, ‘adakah dia ada menimang bola pada krismas?’ Saya tak rasa ada pengurus yang wajar dibuang padang kerana perkara seperti itu.”

Penjelasan PGMOL

Suruhanjaya Pengadil Bola Sepak Britain, PGMOL (Lembaga Permainan Pertandingan Permainan Profesional) menjelaskan, Rodri pada awalnya berada dalam posisi ofsaid ketika bola diarahkan ke pertahanan Villa.

Namun, Rodri tidak lagi offside kerana bola dari situasi tandukan pemain City yang disentuh oleh Tyrone Mings.

Apabila itu berlaku, pengadil Jonathan Moss yakin Rodri berada dalam kedudukan onside.

Jadi ketika Rodri merebut bola dari Mings, dia tidak lagi offside. Ia berbeza jika Mings membiarkan bola dari pemain City melambung ke gawang dan kemudian dirampas oleh Rodri.

PGMOL menambah: “Menurut peraturan, Rodri tidak mengambil kesempatan ke atas lawannya. Dia tidak ofsaid dan permainan harus diteruskan.”

Rodri merampas bola dari Mings dan memulakan serangan dengan menghantar kepada Bernardo Silva. Keputusan ini membuat pengurus Aston Villa, Dean Smith marah di luar padamh. Dia malah mendapat dua kad kuning dan dikeluarkan oleh pengadil Jonathan Moss.

 

Baca yang lain