DeAndre Yedlin Terkejut Messi Dah Ada Dalam Group WhatsApp Dan Pandai Cakap Orang Putih

Pemain Inter Miami, DeAndre Yedlin menyatakan dia terkejut apabila baru tahu yang Lionel Messi sebenarnya sudah ada dalam kumpulan sembang WhatsApp para pemain Inter Miami.

Lebih mengejutkannya, Lionel Messi rupanya pandai berbahasa Inggeris dan boleh berkomunikasi dengan baik dengan pemain lain.

Lionel Messi biasanya memilih untuk bercakap bahasa Sepanyol dengan wartawan. Maka pemain seperti Yedlin merasakan pemain itu tidak boleh berbahasa Inggeris.

Peminat Messi sendiri pernah berharap untuk mendengar sendiri Messi berbahasa Inggeris. Di mana sebelum ini isterinya pernah menunjukkan kemahiran berbahasa Inggerisnya di sebuah rancangan.

Dan peminat menanti giliran Messi pula.

DeAndre Yedlin antara yang tidak sangka Messi sebenarnya boleh bercakap orang putih.

Yedlin berkata: “Bahasa Inggeris Messi cukup bagus untuk dia bersembang. Dia bercakap dengan semua orang.”

“Saya sebenarnya tidak tahu Messi sudah ada dalam kumpulan sembang pasukan. Campana menyatakan dia memerlukan tiket untuk satu acara pada Ahad ini. Messi mencelah [dalam bahasa Inggeris] ‘Berapa banyak yang korang perlukan?'”

Perkongsian DeAndre Yedlin itu membuatkan ramai peminat Inter Miami menganggap Messi sebenarnya seorang yang peramah.

Karakter Messi seringkali dikaitkan dengan karakter sukar didekati dan kurang mesra.

Ada juga yang menyatakan bahawa Messi adalah seorang ketua di dalam pasukannya selama bertahun tahun, dan dia pastinya bijak mengendalikan soal berasimilasi dengan pasukan baharunya.

Messi menyertai Inter Miami setelah tamat kontrak dengan PSG.

Baca yang lain